PRU 16: Jangan ulangi pilih BN-PN, rekod 2020-2022 wajar jadi 'sempadan'
- Sidiqin Omar

- 5 days ago
- 2 min read

Pengundi Melayu di Negeri Sembilan yang telah mengundi BN-PN diseru supaya tidak mengulangi sokongan itu dalam memilih Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke 16 kelak dengan menjadikan rekod pentadbiran BN-PN di peringkat Persekutuan antara 2020 hingga 2022 sebagai pertimbangan utama.
Menurut Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Md Sani Md Shah, sepanjang tempoh tersebut BN dan PN gagal membawa kemajuan yang signifikan kepada negara, malah rakyat terpaksa berdepan pelbagai masalah termasuk gangguan bekalan barangan keperluan asas.
Katanya, krisis bekalan makanan yang berlaku ketika itu membuktikan kelemahan pentadbiran kerajaan sehingga rakyat berdepan masalah dan sukar mendapatkan keperluan harian.
"BN dan PN pernah menjadi kerajaan dari tahun 2020 hingga 2022. Apa kemajuan yang mereka bawa? Akhirnya rakyat berdepan masalah bekalan makanan asas yang sukar diperoleh.
"Jangan ulangi kesilapan yang sama. Nilailah berdasarkan rekod pentadbiran dan keupayaan mengurus negara serta negeri, bukannya sekadar retorik politik ketika kempen," kata Md Sani kepada Suara Keadilan.
Beliau menegaskan, dalam PRU 16 akan datang, pengundi Negeri Sembilan perlu memilih sebuah kerajaan yang mampu menjamin kestabilan politik di peringkat nasional, memacu pembangunan ekonomi dan menjaga kebajikan rakyat demi masa depan negeri yang lebih baik.

Tambahnya, rakyat seharusnya menilai prestasi sesebuah kerajaan berdasarkan kemampuan menangani krisis dan memastikan bekalan keperluan asas sentiasa mencukupi, bukannya hanya tertumpu kepada retorik politik yang dimainkan sepanjang kempen pilihanraya.
"Pilihanraya bukan masa untuk percaya kepada janji semata-mata. Lihatlah rekod. Jika ketika diberi peluang mentadbir pun gagal menyelesaikan masalah rakyat, mengapa kita mahu mengulangi kesilapan yang sama?" ujarnya lanjut.
Dalam pada itu kata Md Sani, Negeri Sembilan memerlukan sebuah kerajaan yang stabil serta mampu meneruskan agenda pembangunan, menarik pelaburan dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, bukannya pentadbiran yang hanya dipenuhi polemik politik.
Biarlah apa yang telah terjadi dalam Pilihan Raya Negeri dihentikan setakat itu dan PRU 16 Pakatan Harapan perlu dipilih untuk menjadi Kerajaan Persekutuan berdasarkan pencapaian terbaik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulihkan ekonomi negara sejak 2022.




Interesting discussion on how political choices are shaped by past experiences and public expectations — the focus on evaluating governance records and future development is quite thought-provoking. Outside of these discussions, I’ve recently enjoyed Cool Games as a quick way to relax, especially with its browser-based games that are easy to access during short breaks.