PH terus pertahan politik integriti hadapi perubahan lanskap politik
- Suara Keadilan

- Aug 3
- 1 min read

Pakatan Harapan (PH) terus akan mempertahankan politik berasaskan nilai, integriti dan keupayaan mentadbir, kata Naib Presiden AMANAH Adly Zahari (gambar).
Ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Amanah Pulau Pinang di Bukit Mertajam semalam Adly berkata, pendekatan itu kekal menjadi teras perjuangan PH kerana rakyat akhirnya akan menilai perkara yang memberi kesan langsung kepada kehidupan mereka termasuk kos sara hidup, ekonomi, pendidikan dan prestasi kerajaan.
Dalam masa sama, PH jelasnya turut akan meneliti strategi untuk menghadapi perubahan landskap politik semasa.
"Kita akan melihat banyak lagi perkara menerusi pascanilai untuk ditambah baik. PH perlu memperkemas pendekatan komunikasi supaya pencapaian kerajaan, dasar ekonomi dan usaha membantu rakyat dapat disampaikan dengan lebih berkesan," katanya dipetik ketika mengulas prestasi PH pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.
Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata gabungan itu bakal bermesyuarat pada 8 Ogos ini bagi meneliti keputusan PRN Johor dan Negeri Sembilan serta menyusun strategi baharu untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya umum lebih awal.
"Kita perlu membawa pengundi kembali memberi fokus kepada prestasi serta penyampaian kerajaan, kesejahteraan rakyat, pencapaian dan usaha mewujudkan peluang pekerjaan," katanya.




Comments