top of page

Fokus berkhidmat, utamakan rakyat tanpa kira politik - Nurul Izzah

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • Aug 3
  • 1 min read

Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar (gambar) menyeru semua wakil rakyat yang dipilih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan melaksanakan amanah dengan adil serta mengutamakan kepentingan semua tanpa mengira latar belakang dan kecenderungan politik.

Jelasnya, selepas keputusan dimuktamadkan, tumpuan bukan lagi kepada persaingan politik, sebaliknya tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat.


"Mereka yang dipilih adalah wakil kepada seluruh rakyat di kawasan masing-masing, Amanah yang dipikul ialah untuk berlaku adil, mendengar suara rakyat, dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua," katanya dalam kenyataan.


Menerusi kenyataan sama Nurul Izzah menegaskan KEADILAN menerima keputusan pilihan raya tersebut dengan penuh reda.


"Mengulangi kata-kata mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Aminuddin Harun, kita redha dengan keputusan, kita hormati suara rakyat.


"Tahniah kepada mereka yang telah diberikan amanah oleh rakyat, serta kepada kerajaan negeri yang bakal memikul tanggungjawab tersebut," tambahnya.


Menerusi kenyataan sama beliau turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh jentera parti, petugas dan sukarelawan serta semua yang bertungkus-lumus sepanjang tempoh kempen.


"Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah memastikan proses demokrasi berlangsung dengan aman dan tertib. Pengorbanan masa, tenaga dan doa kalian menjadi kekuatan kepada perjuangan ini," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page