top of page

PH perlu tekankan strategi rapatkan jurang undi di kerusi marginal

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 2 hours ago
  • 2 min read

Undi popular bukan ukuran utama dalam menentukan kekuatan sesebuah parti untuk membentuk kerajaan kerana sistem pilihan raya Malaysia bergantung kepada jumlah kerusi yang dimenangi, kata Ketua Penerangan KEADILAN Cabang Alor Gajah, Rubiah Tamby.


Beliau berkata, biarpun di Negeri Sembilan Pakatan Harapan (PH) memperolehi undi popular terbanyak namun strategi politik perlu memberi tumpuan kepada usaha memastikan sokongan diagihkan secara berkesan ke setiap DUN, khususnya di kawasan marginal atau kerusi yang mempunyai majoriti tipis.


"Dalam sistem pilihanraya Malaysia, yang menentukan kerajaan ialah jumlah kerusi yang dimenangi (first pass the post), bukannya jumlah keseluruhan undi.

Rubiah Tamby
Rubiah Tamby

"Oleh itu, strategi yang lebih penting ialah memastikan sokongan diagihkan secara berkesan ke kerusi-kerusi marginal atau kerusi yang mempunyai majoriti tipis," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut beliau, pertambahan undi di kawasan yang sudah mempunyai majoriti selesa tidak semestinya membantu sesebuah parti menambah jumlah kerusi dimenangi.


"Sekiranya terdapat kawasan yang sudah mempunyai majoriti yang sangat selesa, pertambahan undi di kawasan tersebut tidak akan menambah bilangan kerusi.


"Sebaliknya, jika sokongan tambahan dapat diterjemahkan di kerusi-kerusi yang tipis, peluang untuk menambah kerusi dan membentuk kerajaan akan menjadi lebih besar," katanya.


Rubiah berkata, justeru fokus utama parti politik seharusnya strategi memenangi kerusi.


Bagaimanapun, beliau menegaskan strategi tersebut tidak bermakna pengundi boleh menukar tempat mengundi secara sewenang-wenangnya bagi memenuhi kepentingan pilihanraya.


"Seseorang hanya boleh mengundi di kawasan di mana mereka berdaftar sebagai pengundi mengikut alamat dan peraturan pilihan raya.


"Jadi, dari sudut praktikal, strategi yang lebih tepat ialah memberi tumpuan kepada mobilisasi penyokong sedia ada, kempen yang disasarkan, dan usaha memujuk pengundi di kerusi marginal," katanya lagi.


Untuk rekod, dalam pilihanraya Negeri Sembilan pada 1 Ogos lalu PH mendapat 232,230 undi popular bersamaan 40.7%, BN mendapat 218.609 atau 38.3% manakala PN 99,328 atau 17.4% undi popular.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page