top of page

Berita


Siasatan pendedahan RCI TH bukti PH pertahan kepentingan Melayu
Pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH) serta tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan terhadap dapatan laporan itu membuktikan kesungguhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) membanteras salah laku dalam institusi yang menguruskan aset orang Melayu. Ketua Cabang KEADILAN Pengerang, Faizul Abdul Ghani berkata, penubuhan RCI Tabung Haji merupakan kesinambungan perjuangan yang telah diperjuangkan pemimpin PH seja

Sidiqin Omar
Aug 62 min read


Kebajikan rakyat Ampang terus jadi keutamaan – Azman Abidin
Kebajikan rakyat di Parlimen Ampang akan terus diberi perhatian menerusi penyelarasan bantuan dan inisiatif kerajaan yang tersusun. Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin (gambar) berkata, beliau telah diberi amanah oleh Perdana Menteri bagi memastikan penyampaian bantuan kepada rakyat di kawasan berkenaan dapat diteruskan secara cekap dan berkesan. "Saya telah diberikan amanah oleh Perdana Menteri untuk berkhidmat sebagai Penyelaras Parlimen Ampang bag

Suara Keadilan
Aug 61 min read


Kongres Tahunan bakal 'post-mortem' PRN Johor, Negeri Sembilan - Fahmi
Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Melaka pada 16 Ogos ini dijangka membuat bedah siasat prestasi parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan. Ketua Penerangan, Datuk Seri Fahmi Fadzil (gambar) berkata, selain memenuhi keperluan perlembagaan parti dan syarat ditetapkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), kongres selama dua hari itu bakal menjadi medan muhasabah terhadap keputusan pilihanraya dua negeri berkenaan bagi memperkukuh persiap

Suara Keadilan
Aug 61 min read


'Memugar Reformasi, Membina MADANI' tema Kongres Nasional KEADILAN 2026
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan menganjurkan Kongres Nasional KEADILAN 2026 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh pada 15 dan 16 Ogos ini. Kongres bertemakan ‘Memugar Reformasi, Membina MADANI’ itu dijangka menghimpunkan kira-kira 2,500 perwakilan dan sekurang-kurangnya 3,000 pemerhati parti dari seluruh negara. Pengarah Kongres, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, acara dijangka turut dihadiri pimpinan parti politik serta duta asing, termas

Azuan Ab Rahman
Aug 62 min read


Perkukuh syiar Islam, Selangor bentang RUU Pentadbiran Agama Islam
Kerajaan Selangor pada Rabu membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2026 ke Dewan Negeri Selangor (DNS) Exco Agama Islam Dr Mohammad Fahmi Ngah (gambar) ketika membentangkan usul tersebut berkata, pindaan bagi memperkukuh kerangka perundangan Islam di negeri dengan memperkemas peruntukan sedia ada agar pelaksanaannya lebih teratur, berkesan dan selaras dengan keperluan pentadbiran dan perkembangan perundangan syariah. "Cadang

Suara Keadilan
Aug 61 min read


Kerajaan MADANI dalam proses perkukuh tadbir urus, intergriti NAFAS
Kerajaan MADANI sedang berusaha memperkukuh tadbir urus, integriti serta keberkesanan pengurusan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS). Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu (gambar) berkata, pihaknya kini sedang meneliti undang-undang dan peraturan bagi menangani isu-isu yang dikenal pasti sekaligus melindungi kepentingan ahli pertubuhan itu. Tambahnya, ketika ini perlembagaan NAFAS masih digantung di bawah Seksyen 20 Akta Pertubuhan Pela

Suara Keadilan
Aug 62 min read


KEADILAN tolak gesaan bubar Parlimen jika DAP keluar kabinet
KEADILAN menolak gesaan Penolong Setiausaha Agung Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil supaya Parlimen dibubarkan sekiranya DAP membuat keputusan menarik diri daripada Jemaah Menteri. Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) berkata, cadangan itu tidak berasas kerana Kerajaan Perpaduan masih mempunyai mandat dan sokongan mencukupi untuk mentadbir sehingga tamat penggal. Malah ia hanya menunjukkan kegagalan Khairul Faizi untuk memahami asas pembentukan k

Azuan Ab Rahman
Aug 61 min read


Persenda tahlil cemar Islam, Exco Pemuda digesa mohon maaf - Sheikh Omar
Hantaran seorang Exco Pemuda Umno di media sosial mendakwa beliau menghadiri majlis tahlil "pemakaman" pemimpin DAP dikecam keras kerana disifatkan berpotensi mencemarkan imej Islam serta mengeruhkan keharmonian masyarakat majmuk. Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP Kebangsaan, Sheikh Omar Ali (gambar) berkata beliau mengecam sekeras-kerasnya hantaran berkenaan dengan menggesa supaya ia diturunkan segera selain permohonan maaf secara terbuka dibuat kepada masyarakat. "Saya mengec

Helmi Mohd Foad
Aug 52 min read


Pelarian Myanmar: Malaysia tidak hantar pulang jika nyawa terancam
Malaysia tidak akan menghantar pulang mana-mana pelarian Myanmar sekiranya keselamatan dan nyawa mereka berisiko, demikian kata Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Seri Fahmi Fadzil. Beliau berkata perkara itu sedang diteliti Wisma Putra bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) susulan cadangan penghantaran pulang kira-kira 5,000 pelarian Myanmar yang dikatakan bersedia diterima semula oleh kerajaan negara itu. "Perkara ini sedang diteliti oleh Wisma Putra dan juga Kementerian Dala

Suara Keadilan
Aug 52 min read


Sidang khas RCI Tabung Haji dijangka berlangsung tanpa rehat
DS Fahmi mengesahkan Sidang khas Dewan Rakyat bagi RCI TH akan berlangsung tanpa rehat Sidang khas Dewan Rakyat bagi membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji pada 11 Ogos ini dijangka berlangsung secara berterusan tanpa waktu rehat susulan minat tinggi Ahli Parlimen untuk mengambil bahagian dalam sesi tersebut. Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata Jemaah Menteri dimaklumkan bahawa Yang Dipertua Dewan Rakyat telah bersetu

Suara Keadilan
Aug 52 min read


PRN NS: Kalah pertandingan, tidak kalah perjuangan - Mahfuz
Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar (gambar) menyifatkan kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan minggu lalu sebagai ujian terhadap perjuangan parti, bukannya pengakhiran kepada usaha membina kepercayaan rakyat. Beliau berkata, semua pihak perlu menerima keputusan pilihanraya dengan hati terbuka dan menghormati mandat yang diberikan rakyat melalui peti undi. Menurut Mahfuz, kekalahan itu tidak seharusnya dijadika

Suara Keadilan
Aug 52 min read


Naratif perkauman rugikan rakyat Negeri Sembilan – Veteran AMK
Rakyat khususnya pengundi di Negeri Sembilan dinasihatkan tidak lagi terpengaruh dengan naratif perkauman yang dimainkan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menuju pada pilihan raya umum akan datang. Veteran Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Ramlan Roes (gambar) berkata, naratif kononnya orang Melayu dan Islam berada dalam ancaman serta dakwaan bahawa DAP akan menguasai negara berjaya mempengaruhi sebahagian pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu sehingga mene

Sidiqin Omar
Aug 52 min read


Pertelagahan parti Melayu di NS bukti slogan 'Melayu terancam' hanya propaganda?
Belum pun seminggu selesai Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang menyaksikan Perikatan Nasional (PN) dan BN membentuk Kerajaan Negeri, telah kedengaran dakwaan ahli politik kedua dua belah pihak bertelagah untuk mendapatkan jawatan Exco sehingga muncul cadangan perlunya diwujudkan jawatan Timbalan Exco. Bagi mantan Ahli Dewan Negeri Selangor, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar (gambar), masyarakat Melayu yang mengundi PN-BN seharusnya sedar bahawa ancaman dan ketakutan

Suara Keadilan
Aug 52 min read


Jika BN-PN bela Melayu, Tabung Haji telah lama dipulihkan - Fakharuddin
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) melepaskan peluang untuk menyelesaikan isu Tabung Haji ketika mentadbir negara dari tahun 2020 hingga 2022, walaupun pelbagai persoalan mengenai pengurusan institusi itu telah didedahkan sejak era pentadbiran Pakatan Harapan (PH) 1.0 pada 2018-2020. Ketua Cabang KEADILAN Tenggara, Fakharuddin Moslim (gambar) berkata, isu berkaitan kedudukan kewangan dan tadbir urus Tabung Haji bukanlah perkara baharu kerana ia telah dibangkitkan ketika PH men

Sidiqin Omar
Aug 52 min read


Juruterbang seludup dadah, DAP, Anthony Loke juga salah?
Keanehan apakah yang melanda pemikiran pemimpin parti komponen 'penyatuan ummah' apabila mempersoalkan Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam episod penyeludupan dadah oleh seorang juruterbang Malaysia di Indonesia. Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan (gambar) menyifatkan tuntutan Timbalan Pengerusi Kebangsaan Pemuda MCA, Mike Chong Yew Chuan supaya Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memberi penjelasan berhubung kes juruterbang yan

Suara Keadilan
Aug 52 min read


Kementerian, agensi diarah percepat usaha selesai baki isu MA63
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan (MTP) Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) mengarahkan semua kementerian dan agensi memfokuskan usaha mempercepat penyelesaian baki isu berkaitan MA63. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud (gambar) berkata, mesyuarat dipengerusikannya pada Isnin meneliti status terkini pelaksanaan serta kemajuan penyelesaian pelbagai perkara di bawah MA63 sebagai persediaan menghadapi Mesy

Azuan Ab Rahman
Aug 51 min read


Tiada keperluan N Sembilan wujudkan jawatan Timbalan Exco - BERSIH
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menegaskan tiada keperluan untuk kerajaan baharu Negeri Sembilan mewujudkan jawatan Timbalan Exco. Pengerusinya, Faisal Abdul Aziz (gambar) menolak alasan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim bahawa cadangan itu bertujuan mengukuhkan pentadbiran negeri. Jelasnya, pentadbiran terdahulu di bawah pimpinan Datuk Seri Aminuddin Harun telah membuktikan mampu memberi khidmat dan mentadbir negeri dengan cemerlang tanpa perlu

Suara Keadilan
Aug 51 min read


Selangor sasar nilai ekonomi RM612.5 bilion menjelang 2030
DS Amirudin berbahas di Dewan Negeri Selangor. Foto: FB Amirudin Ekonomi Selangor disasar mencecah RM612.5 bilion menjelang 2030 selepas pelaksanaan Rancangan Selangor Kedua (RS-2). Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau optimis sasaran itu mampu dicapai sekiranya Selangor mengekalkan pertumbuhan ekonomi sekitar RM20 hingga RM25 bilion setahun sepanjang tempoh 2026 hingga 2030. "Kerajaan Negeri mensasarkan pertumbuhan ekonomi mampan dan berdaya saing dalam t

Suara Keadilan
Aug 51 min read


KPDN sedia sesuaikan undang-undang hak cipta hadapi AI
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersedia menyesuaikan kerangka perundangan sedia ada bagi mengimbangi perlindungan hak cipta dengan pembangunan ekosistem kecerdasan buatan (AI) negara. Timbalan Menteri KPDN, Datuk Dr Fuziah Salleh (gambar) berkata, karya yang dijana sepenuhnya oleh AI tanpa sumbangan kreatif manusia yang signifikan ketika ini tidak dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987. Justeru jelasnya di Dewan Negara, penyesuaian perundangan

Suara Keadilan
Aug 51 min read


IPT berhak batal penempatan latihan industri jika berisiko – KPT
Institusi pendidikan tinggi (IPT) berhak membatalkan penempatan latihan industri dan memanggil semula pelajar latihan industri sekiranya timbul sebarang isu berkaitan risiko keselamatan. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim (gambar) berkata begitu di Dewan Negara pada Selasa sebagai menjawab soalan mengenai mekanisme pemantauan untuk memastikan syarikat penyedia latihan mematuhi standard keselamatan susulan kematian seorang pelajar latihan industri ketika

Suara Keadilan
Aug 51 min read
bottom of page
