top of page

KPDN sedia sesuaikan undang-undang hak cipta hadapi AI

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 5
  • 1 min read

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersedia menyesuaikan kerangka perundangan sedia ada bagi mengimbangi perlindungan hak cipta dengan pembangunan ekosistem kecerdasan buatan (AI) negara.


Timbalan Menteri KPDN, Datuk Dr Fuziah Salleh (gambar) berkata, karya yang dijana sepenuhnya oleh AI tanpa sumbangan kreatif manusia yang signifikan ketika ini tidak dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987.


Justeru jelasnya di Dewan Negara, penyesuaian perundangan akan memberi tumpuan kepada pemilikan karya janaan AI, penggunaan karya berhak cipta untuk melatih model AI, ketelusan data latihan serta mekanisme perlindungan yang bersesuaian.


"Tumpuan penyesuaian kerangka perundangan juga membabitkan aspek ketelusan penggunaan data latihan serta mekanisme yang bersesuaian.


"Usaha diterjemah menerusi pelaksanaan siri libat urus bersama pelbagai pemegang taruh bagi memastikan sebarang pendekatan dasar atau perundangan yang dipertimbangkan kelak seimbang, praktikal dan selaras dengan kepentingan ekonomi negara," katanya dipetik laporan media.


Dr Fuziah juga menegaskan, kerangka perundangan tersebut juga bertujuan menggalakkan inovasi teknologi, melindungi pemunya hak cipta serta memastikan kemampanan industri kreatif tempatan


Dalam perkembangan sama beliau juga memaklumkan, setakat ini belum ada kes mahkamah di Malaysia yang menjadi duluan berkaitan pelanggaran hak cipta melibatkan teknologi AI.


Sehubungan itu katanya, belum wujud sebarang prinsip perundangan yang ditetapkan oleh mahkamah tempatan berhubung isu terbabit.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page