top of page

Berita


Kabinet arah pelan komprehensif perkukuh keselamatan KLIA
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) telah diarah supaya mengemukakan pelan komprehensif menambah baik kawalan keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam tempoh dua minggu. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, arahan oleh Kabinet itu susulan "kejadian-kejadian baru-baru ini yang menjejaskan imej negara dan menimbulkan tanggapan wujudnya kelemahan dalam keselamatan lapangan terbang. "Kabinet m

Suara Keadilan
Aug 81 min read
Â
Â


PM jamin semua aliran pendidikan diberi perhatian seimbang
PM di Majlis Perasmian Karnival Gelombang MADANI Masjid Tanah, di Alor Gajah, semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan memastikan keperluan semua kaum dan aliran pendidikan di negara ini, diberi perhatian secara seimbang tanpa meminggirkan mana-mana pihak. Menurutnya, langkah kerajaan memberi bantuan kepada institusi pendidikan Islam, bukan bermakna kerajaan mengabaikan sekolah vernakular, sebaliknya peruntukan kepada sekolah Cina dan Tamil tela

Suara Keadilan
Aug 82 min read
Â
Â


RS-2: Selangor pastikan bekalan air cukup untuk rakyat, industri
Lima projek infrastruktur air utama di Selangor dijangka meningkatkan kapasiti rawatan air secara signifikan sekaligus memperkukuh jaminan bekalan air di negeri itu. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, lima projek tersebut, iaitu Loji Rasau Fasa 1 dan 2, Langat 2 Fasa 2 serta Labohan Dagang Fasa 2 memastikan bekalan air bersih 24 jam dapat dinikmati seluruh rakyat Selangor tanpa gangguan. "Inisiatif ini berhasrat menambah kapasiti rawatan air negeri secara signi

Suara Keadilan
Aug 81 min read
Â
Â


Selangor umum RS-2, sasar nilai ekonomi RM600 bilion menjelang 2030
DS Amirudin membentangkan RS-2 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari pada Jumaat mengumumkan Rancangan Selangor Kedua (RS-2) sebagai kerangka pembangunan negeri untuk tempoh 2026-2030. Beliau berkata, rancangan itu menggariskan enam misi dalam 25 bidang dengan sasaran nilai ekonomi RM600 bilion sepanjang tempoh berkenaan. Enam misi yang digariskan menurutnya merangkumi agenda Memacu Kepimpinan Ekonomi Selang

Suara Keadilan
Aug 81 min read
Â
Â


KBS lancar inisiatif Kuasa Orang Muda perkasakan belia
Dr Taufiq di Majlis Pelancaran Bulan Rakan Demokrasi: Kuasa Orang Muda di Putrajaya Golongan muda diseru agar tidak terpengaruh oleh sentimen emosi dan propaganda identiti, sebaliknya membuat pilihan politik berdasarkan fakta dan prestasi Menteri Belia dan Sukan (KBS), Mohammed Taufiq Johari berkata, sehubungan itu kementeriannya melancarkan inisiatif Kuasa Orang Muda (KOM) bersempena Bulan Rakan Demokrasi bagi meningkatkan literasi demokrasi dalam kalangan belia. "Anak muda

Suara Keadilan
Aug 81 min read
Â
Â


PH mampu pertahan Putrajaya jika kembali perkukuh politik nilai
Pakatan Harapan (PH) mempunyai laluan untuk mempertahankan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) meskipun berdepan cabaran kerjasama Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) sekiranya gabungan itu kembali memperkukuh politik berteraskan nilai serta meraih sokongan kelompok progresif yang menjadi asas kekuatannya sebelum ini. Pengarah Komunikasi KEADILAN Perak, Dr Ahmad Safwan Mohamad (gambar) berkata, PH masih mampu membentuk kerajaan walaupun jika PN dan BN

Helmi Mohd Foad
Aug 73 min read
Â
Â


Peruntukan untuk rakyat, bukan Ahli Parlimen - PM
DS Anwar bersama Adam Adli santai mempromosikan perniagaan anak tempatan Melaka, Sultan Salai Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan peruntukan kerajaan disalurkan terus kepada rakyat bagi memenuhi keperluan pembangunan dan kebajikan, bukannya kepada Ahli Parlimen. Perdana Menteri berkata sebenarnya tiada isu sekatan peruntukan kepada mana-mana Ahli Parlimen kerana dana kerajaan sememangnya digunakan untuk membiayai projek yang memberi manfaat terus kepada rakyat. "Peruntukan ti

Suara Keadilan
Aug 72 min read
Â
Â


RCI TH sangkal fitnah pembangkang aset dijual kepada bukan Islam
Pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji disifatkan telah menamatkan fitnah Pas dan Umno pada 2019 berhubung dakwaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) 1.0 menjual aset Tabung Haji kepada pihak bukan Islam. Ketua Cabang KEADILAN Pontian, Haniff Hosman berkata, laporan RCI secara jelas mendedahkan isu sebenar yang membelenggu Tabung Haji iaitu kelemahan tadbir urus dan pengurusan pada era pentadbiran BN yang diterajui pemimpin Umno, bukannya penjual

Sidiqin Omar
Aug 72 min read
Â
Â


N Sembilan berdepan ketidakstabilan akibat perbalahan BN-PN
Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan disifatkan masih berdepan cabaran besar untuk mencapai kestabilan politik kerana ia tidak dibina atas asas tolak ansur, bukannya persefahaman yang benar-benar kukuh, kata Senator Jufitri Joha (gambar). Menurutnya, situasi politik di Negeri Sembilan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) memperlihatkan bahawa gabungan BN-PN masih bergelut untuk membentuk sebuah kerajaan yang benar-benar stabil ker

Sidiqin Omar
Aug 72 min read
Â
Â


Kongres Nasional KEADILAN 2026: AMK Melaka alu alukan kedatangan perwakilan
AMK Melaka siap sedia menyambut kehadiran perwakilan ke Kongres Nasional KEADILAN 2026 Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Melaka menyambut baik penganjuran Kongres Nasional KEADILAN 2026: AMK Melaka sambut baik kedatangan perwakilan yang akan berlangsung pada 13 hingga 16 Ogos ini di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh. AMK Melaka berkata pemilihan Melaka sebagai tuan rumah kongres merupakan penghormatan besar kepada kepimpinan dan anggota KEADILAN di negeri berken

Redzuan Shamsudin
Aug 71 min read
Â
Â


Kumaresan bantu keluarga tanpa tempat tinggal, pastikan kanak kanak bersekolah
Kumaresan (baju putih) bersama staf Jabatan Kebajikan Malaysia membantu keluarga Nur Aisyah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, A Kumaresan membantu sebuah keluarga yang berdepan masalah kediaman, dokumen pengenalan dan akses pendidikan selepas mereka ditemui menumpang di masjid serta tidur di kaki lima di sekitar Sungai Dua. Beliau berkata, keluarga berkenaan terdiri daripada seorang ibu tunggal, anak lelakinya berusia tujuh tahun dan seorang lelaki berusia 50an yan

Redzuan Shamsudin
Aug 72 min read
Â
Â


Mengapa Umno hanya akui kegagalan tadbir urus TH selepas PRN N Sembilan?
Pengakuan terbuka ikon Umno, Khairy Jamaluddin mengenai kegagalan tadbir urus Tabung Haji (TH), khususnya kenapa perkara itu tidak dijelaskan oleh Umno-BN kepada rakyat ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan perlu dipersoalkan. Menurut Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Danial Al-Rashid (gambar), jika wujud kegagalan tadbir urus dalam institusi TH, rakyat sepatutnya diberikan penjelasan secara terbuka tanpa mengira musim pilihanraya atau tidak. "Kenyataan

Suara Keadilan
Aug 72 min read
Â
Â


Ultra 5G pacu transformasi sektor utama negara
Penggunaan teknologi 5G Advanced (5G-A) atau Ultra 5G berupaya membuka potensi besar dalam memacu transformasi digital serta meningkatkan produktiviti pelbagai sektor utama di negara ini. Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, penerapan evolusi rangkaian generasi kelima ini yang memanfaatkan kepintaran buatan (AI) dan robotik mampu menangani isu kecekapan pengoperasian yang kritikal. "Saya lihat potensinya sangat tinggi dan sangat baik untuk membantu mengurangkan

Suara Keadilan
Aug 72 min read
Â
Â


Belanjawan 2027: LKIM mohon peruntukan lebih besar perkasa nelayan
Faiz (tengah) pada Program Rahmah Mesra MADANI Pengerusi LKIM Bersama Nelayan Pulau Pinang Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan memohon supaya inisiatif kebajikan nelayan diteruskan dan peruntukan sektor perikanan ditambah dalam Belanjawan 2027. Pengerusinya Muhammad Faiz Fadzil berkata, antara yang perlu diberi perhatian termasuk peruntukan RM3 juta bagi penyediaan peralatan menangkap ikan, subsidi diesel, elaun sara hidup serta bantuan baik pulih rumah nelayan. Selain

Suara Keadilan
Aug 71 min read
Â
Â


Kerajaan semak duti anti-lambakan import gegelung keluli - MITI
Kerajaan memulakan kajian semula tamat tempoh berhubung pengenaan duti anti-lambakan ke atas import gegelung keluli dipracat, dicat atau disalut warna dari China dan Vietnam. Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, kajian semula itu bagi menentukan sama ada langkah perlindungan itu perlu diteruskan. Ia susulan permohonan dikemukakan CSC Steel Sdn. Bhd. yang mewakili industri tempatan, atas alasan penamatan duti anti-lam

Azuan Ab Rahman
Aug 71 min read
Â
Â


Malaysia kecam pencabulan Israel di Al-Aqsa
Malaysia mengecam pencabulan berterusan Israel di Masjid Al-Aqsa serta perluasan penempatan haram di Baitulmuqaddis. Kementerian Luar (Wisma Putra) berkata pendirian itu dinyatakan pada mesyuarat peringkat menteri negara Arab dan Islam mengenai perkembangan di Baitulmuqaddis yang berlangsung di Jordan pada Rabu. Pada mesyuarat tersebut, Malaysia turut menegaskan Baitulmuqaddis adalah sebahagian daripada Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT), justeru menolak sebarang usaha meng

Azuan Ab Rahman
Aug 71 min read
Â
Â


Selangor rancang tambah jumlah penerima hadiah pengajian IPT
Kerajaan Selangor bercadang untuk menambah jumlah penerima Program Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) pada tahun hadapan. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, selain menambah jumlah penerima, pihaknya turut memperhalusi tempoh permohonan HPIPT supaya dapat dipanjangkan bagi memberi lebih ruang kepada pemohon serta memudahkan urusan pengesahan dan pengurusan data. Bagaimanapun jelasnya, cadangan itu sedang diteliti dan keputusannya akan te

Suara Keadilan
Aug 71 min read
Â
Â


Kerajaan Perpaduan masih kukuh, stabil - Fahmi
Kerjasama antara parti dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan kekal kukuh dan stabil, meskipun wujud penjajaran politik baharu di Johor dan Negeri Sembilan. Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Seri Fahmi Fadzil (gambar) berkata, kerajaan tidak melihat sebarang keadaan yang boleh menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan ketika ini. "Pada peringkat kerajaan keseluruhan, kita telah menandatangani perjanjian persefahaman sebelum terbentuknya Kerajaan Perpaduan dan komitmen

Suara Keadilan
Aug 71 min read
Â
Â


Bukan isu khilaf tahlil, amalan agama jangan dipersenda - Sheikh Umar
Perbezaan pandangan fiqh tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mempergunakan agama sebagai bahan sindiran atau modal politik. Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali (gambar) menegaskan, kritikan yang dibangkitkannya semalam berkaitan video Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Zuhir Wan Ghazali bukan berkaitan hukum atau perbezaan pandangan terhadap amalan tahlil, sebaliknya menyentuh tindakan menggunakan isu agama bagi tujuan politik. "Saya hormati

Suara Keadilan
Aug 61 min read
Â
Â


Malaysia - EU perkukuh kerjasama agromakanan, teknologi pertanian
Mohamad Sabu (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Chris Humphrey di Putrajaya pagi tadi Malaysia komited memperkukuh kerjasama strategik dengan Kesatuan Eropah (EU) dalam sektor agromakanan menerusi penyelidikan, pemindahan teknologi, pembangunan bakat serta pelaburan bagi memperkasakan keterjaminan makanan negara. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata komitmen itu dizahirkan ketika beliau menerima kunjungan hormat delegasi EU-ASEAN Bus

Helmi Mohd Foad
Aug 62 min read
Â
Â
bottom of page
