top of page

Selangor rancang tambah jumlah penerima hadiah pengajian IPT

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Aug 7
1 min read

Kerajaan Selangor bercadang untuk menambah jumlah penerima Program Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) pada tahun hadapan.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, selain menambah jumlah penerima, pihaknya turut memperhalusi tempoh permohonan HPIPT supaya dapat dipanjangkan bagi memberi lebih ruang kepada pemohon serta memudahkan urusan pengesahan dan pengurusan data.


Bagaimanapun jelasnya, cadangan itu sedang diteliti dan keputusannya akan tertakluk kepada kedudukan kewangan dan hasil negeri.


"Walaupun bantuan ini bukan bertujuan menampung sepenuhnya kos pengajian, ia diharapkan dapat meringankan beban pelajar dan keluarga dalam melangkah ke alam pendidikan tinggi," katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor dipeyik laporan media tempatan.


Kerajaan Negeri menyediakan bantuan sebanyak RM1,000 secara sekali bayar (one-off) kepada Anak Selangor daripada golongan B40 yang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran Tahap 4 di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di seluruh negara.


Selain HPIPT, sebanyak RM20 juta juga diperuntukkan bagi menanggung separuh kos pengajian 4,000 anak jati negeri itu yang melanjutkan pelajaran di tiga institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri.


Tiga institusi itu ialah Universiti Islam Selangor (UIS), Universiti Selangor (UNISEL) dan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC).

"Komitmen kerajaan negeri adalah memastikan setiap dasar yang dilaksanakan bukan sekadar memberi bantuan, tetapi membina sebuah masyarakat yang lebih sejahtera, inklusif dan bermaruah," jelas Amiruddin.

1 Comment


dusin1988
6 days ago

Comparing three assistants side by side is only useful if the criteria are consistent, and this page sticks to performance, features, architecture, and cost across all three. That structure makes it easier to weigh the trade-offs for your own hardware rather than relying on a single overall verdict. The cost dimension is often overlooked in assistant comparisons, so seeing it alongside architecture is a nice touch. The full breakdown lives at picoclaw.net/blog/picoclaw-vs-openclaw-vs-nanoclaw.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page