top of page

Belanjawan 2027: LKIM mohon peruntukan lebih besar perkasa nelayan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read
Faiz (tengah) pada Program Rahmah Mesra MADANI Pengerusi LKIM Bersama Nelayan Pulau Pinang
Faiz (tengah) pada Program Rahmah Mesra MADANI Pengerusi LKIM Bersama Nelayan Pulau Pinang

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan memohon supaya inisiatif kebajikan nelayan diteruskan dan peruntukan sektor perikanan ditambah dalam Belanjawan 2027.


Pengerusinya Muhammad Faiz Fadzil berkata, antara yang perlu diberi perhatian termasuk peruntukan RM3 juta bagi penyediaan peralatan menangkap ikan, subsidi diesel, elaun sara hidup serta bantuan baik pulih rumah nelayan.


Selain itu, LKIM juga turut mencadangkan peruntukan tambahan untuk menaik taraf prasarana perikanan yang uzur termasuk jeti pendaratan ikan, khususnya bagi nelayan pesisir pantai.


"Fokus kita juga ialah meningkatkan pembangunan sektor akuakultur kerana sumber ikan di laut kini semakin berkurangan.


"Kita akan mohon peruntukan lebih besar bagi membangunkan sektor ini, termasuk membaik pulih kolam-kolam lama yang telah rosak," katanya dipetik pada Program Rahmah Mesra MADANI Pengerusi LKIM Bersama Nelayan Pulau Pinang di Bakau Tua, Penaga pada Khamis.


Menerusi program tersebut, seramai 103 nelayan menerima manfaat yang disalurkan menerusi beberapa inisiatif LKIM dengan keseluruhan bantuan bernilai lebih RM615,900.


Kerajaan MADANI akan mula merangka Belanjawan 2027 bermula bulan ini dan seterusnya dibentangkan pada awal Oktober ini


Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Julai lalu berkata, belanjawan akan terus berpandukan kepada prinsip bahawa pertumbuhan ekonomi perlu diterjemahkan kepada pemerkasaan kehidupan rakyat dan bukan setakat diukur berdasarkan petunjuk ekonomi yang kukuh.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page