top of page

Kerajaan Perpaduan masih kukuh, stabil - Fahmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 7
  • 1 min read

Kerjasama antara parti dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan kekal kukuh dan stabil, meskipun wujud penjajaran politik baharu di Johor dan Negeri Sembilan.


Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Seri Fahmi Fadzil (gambar) berkata, kerajaan tidak melihat sebarang keadaan yang boleh menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan ketika ini.


"Pada peringkat kerajaan keseluruhan, kita telah menandatangani perjanjian persefahaman sebelum terbentuknya Kerajaan Perpaduan dan komitmen daripada rakan-rakan gabungan juga sangat jelas," katanya.


Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata begitu kepada pemberita selepas menghadiri sesi meja bulat sempena pelancaran laporan Mobile Economy Asia Pacific 2026, di Kuala Lumpur pada Khamis.


Sementara itu, sebagai mengulas mengenai persoalan berhubung kestabilan Kerajaan Perpaduan susulan perkembangan politik itu, Fahmi menjelaskan situasi politik di peringkat negeri adalah berasingan daripada kedudukan Kerajaan Persekutuan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page