top of page

KBS lancar inisiatif Kuasa Orang Muda perkasakan belia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • a few seconds ago
  • 1 min read
Dr Taufiq di Majlis Pelancaran Bulan Rakan Demokrasi: Kuasa Orang Muda di Putrajaya
Dr Taufiq di Majlis Pelancaran Bulan Rakan Demokrasi: Kuasa Orang Muda di Putrajaya

Golongan muda diseru agar tidak terpengaruh oleh sentimen emosi dan propaganda identiti, sebaliknya membuat pilihan politik berdasarkan fakta dan prestasi


Menteri Belia dan Sukan (KBS), Mohammed Taufiq Johari berkata, sehubungan itu kementeriannya melancarkan inisiatif Kuasa Orang Muda (KOM) bersempena Bulan Rakan Demokrasi bagi meningkatkan literasi demokrasi dalam kalangan belia.


"Anak muda perlu memahami bahawa keputusan yang dibuat ketika mengundi akan menentukan hala tuju negara untuk tempoh lima tahun akan datang.


"Sebab itu kita mahu mereka membuat pilihan berdasarkan kefahaman, fakta dan prestasi, bukan dipengaruhi sentimen tertentu," katanya dipetik laporan media tempatan.


Dr Johari sebelumnya hadir ke Majlis Pelancaran Bulan Rakan Demokrasi: Kuasa Orang Muda di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Putrajaya semalam.


Beliau sementara itu berkata, pelaksanaan Undi 18 menuntut kerajaan menyediakan platform yang dapat membantu anak muda memahami sistem demokrasi dan tanggungjawab sebagai pengundi.


Justeru, program berkenaan bukan sekadar memberi pendedahan mengenai proses pilihan raya, sebaliknya bertujuan meningkatkan kesedaran bahawa setiap undi mempunyai kesan besar terhadap hala tuju negara.


"Program ini merupakan pelaburan jangka panjang untuk melahirkan generasi muda lebih bertanggungjawab dalam menentukan masa depan negara," tambahnya.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page