top of page

Berita


Rampasan durian peniaga tanpa permit: PBT Miri perlu cari solusi lebih baik
Ketibaan musim durian dan penjualan buah durian oleh penduduk tempatan secara yang tidak teratur seharusnya ditangani dengan lebih berhemah oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Miri, Sarawak. Bagi Naib Presiden KEADILAN, Roland Engan (gambar) , Majlis Bandaraya Miri (MBM) perlu mengambil pendekatan lebih berhemah dan berperikemanusiaan dalam menangani isu penjualan durian tanpa permit di bandaraya itu. Beliau berkata, musim durian bukanlah sesuatu yang baharu, berlaku pada s
2 days ago2 min read


Majlis Bandaraya Miri diminta berhemah hadapi peniaga durian bermusim
Majlis Bandaraya Miri (MBM) dirayu agar mengambil pendekatan lebih berhemah dan berperikemanusiaan dalam penguatkuasaan terhadap peniaga durian bermusim yang menjalankan perniagaan tanpa permit. Menurut Senator Dewan Negara Abun Sui Anyit (gambar) , musim durian yang singkat merupakan peluang penting kepada peniaga kecil untuk menambah pendapatan, justeru tindakan penguatkuasaan perlu dilaksanakan secara seimbang dan adil. "Saya amat memahami keresahan peniaga kecil dan kelua
2 days ago1 min read


Banjir Serian: Sistem agihan bantuan lebih baik, harap semua berjalan lancar
Bruce (berjaket biru) melawat mangsa banjir di PPS Serian Seramai 325 mangsa banjir daripada 95 Ketua Isi Rumah (KIR), setakat semalam, ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masyarakat Serian selepas kawasan Kampung Hilir dan Kampung Hulu di daerah tersebut dilanda banjir besar. Pengerusi Biro Kebajikan dan Bencana KEADILAN Sarawak, Bruce Yee Chin Kui berkata, beliau telah mengadakan lawatan ke PPS tersebut bagi meninjau keadaan semasa dan kebajikan mangsa ban
5 days ago2 min read


Banjir: Parlimen Serian paling teruk terjejas, mangsa perlu bantuan segera
Bruce Yee (tengah) melawat mangsa banjir di Kampung Tebakang Melayu, Serian Pengerusi Biro Kebajikan dan Bencana Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sarawak, Bruce Yee Chin Kui, menggesa Jawatankuasa Pengurusan Bencana peringkat daerah serta agensi berkaitan agar segera mengambil tindakan susulan terhadap keluhan mangsa banjir di Kampung Tebakang Melayu, Serian yang didakwa kurang diberi bantuan dan perhatian sewajarnya. Bruce berkata, beliau telah mengadakan lawatan ke kampung
7 days ago2 min read


Agensi negeri, Persekutuan digembleng hadapi banjir Sarawak
Oleh: Azuan Ab Rahman Penduduk di kawasan berisiko banjir khususnya di Sarawak diminta supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi segala arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud (gambar) berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai situasi banjir yang sedang melanda beberapa daerah di Sarawak, termasuk Serian, Samarahan, Bintulu, Mukah, Miri dan Sibu. "Situasi
Jan 121 min read


Autonomi Sarawak diperkukuh, transformasi sedang berjalan - PM
Kerajaan MADANI menegaskan komitmen berterusan untuk memperkasa kesejahteraan rakyat Sarawak menerusi pelaburan strategik, pembangunan ekonomi inklusif serta pewujudan peluang pekerjaan baharu. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha memperkukuh hak dan autonomi Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terus perkasa melalui rundingan berterusan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak. Menurut beliau, penyusunan semula kuasa dalam bidang pendid
Dec 26, 20251 min read


Wujudkan pelan mitigasi atasi isu banjir kilat berulang di Bintulu - Abun
Banjir kilat berulang di Miri merugikan harta benda dan perlu diatasi segera Bintulu, Sarawak sekali lagi dilanda banjir kilat susulan hujan lebat dalam tempoh singkat pada 23 Disember lalu, mengakibatkan beberapa kawasan kediaman serta infrastruktur awam dinaiki air dan menjejaskan rutin harian penduduk setempat. Kejadian itu turut mencetuskan operasi penyelamatan dan pemindahan mangsa di beberapa lokasi terjejas, sekali gus menimbulkan kebimbangan berterusan dalam kalangan
Dec 24, 20252 min read


Rombakan Kabinet dialu alukan: Perkukuh suara Sabah, Sarawak - Abun
Kewujudan jawatan Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak dialu alukan oleh Senator Abun Sui Anyit (gambar) . Ahli Dewan Negara itu berkata, rombakan Kabinet yang diumumkan semalam disifatkan sebagai langkah positif ke arah pembentukan sebuah Kabinet yang lebih inklusif dan seimbang, khususnya dalam memastikan perwakilan adil bagi Malaysia Timur. Menurut beliau, pelantikan Datuk Mustapha Sakmud sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Sabah
Dec 17, 20251 min read


Henti segera penebangan hutan di Hulu Sarawak, elak banjir besar
Sebelum ini hutan Hulu Belaga telah ditebang habis dan menimbulkan risiko banjir besar sekiranya hujan lebat Oleh: Akmal Manaf Kerajaan digesa menghentikan segera aktiviti penebangan hutan di kawasan hulu sungai Sarawak dan menguatkuasakan perlindungan Hak Adat Orang Asal (NCR) tanpa kompromi. Ahli Dewan Negara, Senator Abun Sui Anyit menegaskan, penebangan hutan bukan hanya isu masyarakat Orang Asal, sebaliknya melibatkan semua rakyat Sarawak kerana apabila banjir besar apab
Dec 8, 20252 min read


Air paip keruh bila hujan: KEADILAN Hulu Rajang desak tindakan segera
Abun (tiga dari kanan) dan penduduk Hulu Rajang mahu isu bekalan air keruh diselesaikan segera Penduduk Sungai Asap dan sepanjang Sungai Belaga, Kapit, Sarawak terus berdepan masalah bekalan air yang keruh setiap kali hujan turun, satu situasi yang disifatkan sebagai “kegagalan sistem asas” oleh Senator Abun Sui Anyit. Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak itu, keadaan yang berlaku bukan sekadar ketidakselesaan, tetapi isu keselamatan awam yang serius kerana ramai pendudu
Nov 23, 20252 min read


KEADILAN Sarikei buka kaunter bergerak bantu rakyat akses bantuan
Bruce Yee (berdiri berbaju KEADILAN) memerhati petugas menyelesaikan isu masyarakat setempat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Sarikei, Sarawak dengan kerjasama sayap Wanita Cabang dan Persatuan Kebajikan Masyarakat Mutiara Sarikei (PKMMS) telah mengadakan kaunter perkhidmatan bergerak di Pusat Penjaja Bintangor, bagi memudahkan penduduk setempat mendapatkan maklumat serta membuat permohonan pelbagai bantuan kerajaan di bawah inisiatif Kerajaan Madani. Antara perkhidmat
Nov 13, 20252 min read


Selesaikan 'projek sakit' bina rumah panjang di Long Patan, Long Pahlo
Penduduk mahu projek sakit rumah panjang terbengkalai (belakang) diselesaikan segera Meskipun Sarawak agak maju di bahagian bandar namun daerah pedalamannya masih ketinggalan dan kurang diperhatikan dari segi pembangunan, terutamanya insfrastruktur awam. Sehubungan itu, pasukan aktivis KEADILAN Sarawak bersama KEADILAN Baram baru baru ini menjejaki beberapa projek sakit yang masih menghantui kehidupan komuniti Long Pahlo dan Long Patan, dua penempatan pedalaman yang terletak
Nov 1, 20252 min read


Pengiktirafan tokoh Muslim berpengaruh, bukti kepimpinan Anwar – Wanita KEADILAN Sarawak
Oleh: Azuan Ab Rahman Wanita KEADILAN Sarawak merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengiktirafan sebagai tokoh Muslim ke-10 paling berpengaruh di dunia bagi tahun 2026. Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Sarawak, Nur Jafni Abdullah berkata, pengiktirafan itu bukan sahaja membanggakan rakyat Malaysia malah membuktikan ketokohan Anwar sebagai pemimpin yang berpegang kepada nilai keadilan, ilmu dan kesederhanaan Islam. "Wanita KE
Oct 31, 20251 min read


Perluas BUDI95 kepada pemilik bot, kerajaan dengar suara rakyat pedalaman
Oleh: Helmi Foad Langkah kerajaan memperluaskan manfaat subsidi petrol Budi Madani RON95 (BUDI95) kepada pemilik bot enjin sangkut dan...
Oct 7, 20251 min read


KEADILAN Sarawak hulur bantuan mangsa kebakaran rumah panjang di Kapit
KEADILAN Sarawak dan Kapit menyumbang barang keperluan kepada mangsa kebakaran Pasukan KEADILAN Sarawak bersama KEADILAN Cabang Kapit...
Oct 5, 20252 min read


SUHAKAM tidak wajar dihalang siasat aduan hak asasi di Ulu Baram - Roland
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menzahirkan kekesalan terhadap tindakan Jabatan Hutan Sarawak yang didakwa menghalang Suruhanjaya Hak...
Oct 4, 20251 min read


Keciciran BUDI95: Semua pihak perlu kerjasama, jangan tunding jari
Oleh: Akmal Manaf Kementerian berkaitan disaran memastikan kerjasama erat dengan Kementerian Kewangan (MOF), termasuk menyalurkan data...
Oct 1, 20252 min read


Utamakan anak Sarawak dalam urusan tanah, bukan syarikat luar - Abun
Abun menunjukkan gambar kemusnahan kebun sawit penduduk kampung Isu pertindihan tanah antara pekebun kecil tempatan dan syarikat...
Sep 16, 20252 min read


Firma semikonduktor X-FAB labur RM3 bilion, yakin terhadap Malaysia
DS Anwar dan Primier Abang Johari melancarkan pelaburan RM3 bilion di Kuching, Sarawak Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pelaburan RM3...
Sep 13, 20252 min read


Dakwaan Petronas simpan 95% hasil minyak, gas Sarawak tidak berasas
Dakwaan bahawa Petronas menyimpan 95% hasil minyak dan gas dari Sarawak ditolak oleh Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man. Menurut beliau,...
Sep 7, 20252 min read
bottom of page





