top of page

SUHAKAM tidak wajar dihalang siasat aduan hak asasi di Ulu Baram - Roland

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 days ago
  • 1 min read

ree

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menzahirkan kekesalan terhadap tindakan Jabatan Hutan Sarawak yang didakwa menghalang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) daripada berjumpa dengan penduduk di Kampung Data Bila, Ulu Baram, bagi menyiasat aduan perlanggaran hak asasi.


Naib Presiden KEADILAN, Roland Engan (gambar), menegaskan bahawa SUHAKAM mempunyai kuasa penuh di bawah undang-undang untuk menjalankan siasatan secara bebas.


"SUHAKAM tidak patut dihalang untuk menyiasat aduan daripada rakyat. SUHAKAM ada kuasa di bawah undang-undang untuk melaksanakan tugasnya," katanya dalam satu kenyataan.


Roland yang juga Ketua Cabang KEADILAN Baram menekankan bahawa kebebasan SUHAKAM mesti dipertahankan bagi memastikan hak rakyat terus terbela.


"Maka SUHAKAM mesti bertindak dengan berani dan berkecuali untuk melaksanakan tugasnya di bawah undang-undang. Kredibiliti SUHAKAM tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuklah jabatan kerajaan," tegas beliau.


KEADILAN Baram menyeru agar siasatan terhadap aduan masyarakat Ulu Baram dapat diteruskan tanpa sebarang campur tangan atau halangan, demi menjunjung prinsip hak asasi manusia dan keadilan sosial.


Sebelum ini, beberapa NGO menyuarakan kebimbangan di atas tindak tanduk sebuah syarikat pembalakan yang telah diberikan lesen untuk menjalankan aktiviti di kawasan Data Bila dan sekitar kampung Penan di kawasan hulu Selaan.


Lawatan SUHAKAM yang dijadualkan pada 26 September lalu itu susulan aduan rasmi yang dibuat oleh seorang penduduk yang menyatakan kebimbangan terhadap pencerobohan pembalakan, ancaman keganasan, kerosakan alam sekitar, dan kekurangan perundingan oleh syarikat pembalakan yang beroperasi di Baram.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page