top of page

Rombakan Kabinet dialu alukan: Perkukuh suara Sabah, Sarawak - Abun

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 9 minutes ago
  • 1 min read
ree

Kewujudan jawatan Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak dialu alukan oleh Senator Abun Sui Anyit (gambar).


Ahli Dewan Negara itu berkata, rombakan Kabinet yang diumumkan semalam disifatkan sebagai langkah positif ke arah pembentukan sebuah Kabinet yang lebih inklusif dan seimbang, khususnya dalam memastikan perwakilan adil bagi Malaysia Timur.


Menurut beliau, pelantikan Datuk Mustapha Sakmud sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, serta kemasukan Timbalan Menteri dari Sabah dan Sarawak, mencerminkan komitmen jelas Perdana Menteri dalam memperkukuh suara Malaysia Timur di peringkat Persekutuan.


"Pelantikan YB Datuk Mustapha Sakmud sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, bersama-sama dengan kemasukan Timbalan Menteri dari Sabah dan Sarawak termasuk YB Chiew Choon Man dan YB Mordi Bimol dari Sarawak, menunjukkan komitmen Perdana Menteri untuk mengukuhkan suara Malaysia Timur di peringkat Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan media.


Abun Sui Anyit berkata, pendekatan inklusif yang diambil dalam rombakan Kabinet tersebut dijangka dapat memperbaiki penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, di samping memastikan pelaksanaan dasar yang lebih berkesan.


"Pendekatan inklusif ini akan membantu memastikan penyelarasan yang lebih baik, pelaksanaan dasar yang lebih berkesan dan penglibatan yang lebih rapat dengan negeri-negeri, untuk manfaat Sabah, Sarawak dan Malaysia secara keseluruhan," jelas beliau.


Beliau turut menzahirkan harapan agar rombakan Kabinet ini dapat memperkukuh kerjasama Persekutuan–Negeri serta mempercepatkan agenda pembangunan yang lebih seimbang demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page