top of page

Keciciran BUDI95: Semua pihak perlu kerjasama, jangan tunding jari

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 1
  • 2 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Kementerian berkaitan disaran memastikan kerjasama erat dengan Kementerian Kewangan (MOF), termasuk menyalurkan data lengkap pengguna RON95 di seluruh negara bagi menjamin subsidi bahan bakar tersebut benar-benar dapat dinikmati oleh semua golongan.


Menurut Ahli Dewan Negara, Senator Abun Sui Anyit, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak kini sedang mengumpul data penggunaan bot-bot panjang yang menggunakan enjin sangkut di negeri itu untuk disalurkan kepada pihak MOF.


Beliau berkata, kerjasama itu turut merangkumi usaha mengenal pasti masalah atau halangan sekiranya terdapat syarat tambahan dikenakan.

Abun Sui Anyit
Abun Sui Anyit

"Selain itu, ia melibatkan pemberian cadangan yang konstruktif agar pelaksanaan berjalan lancar.


"Kerjasama semua pihak amat penting, setiap kementerian perlu memainkan peranan menyampaikan input dan cadangan kepada Kerajaan khususnya kepada MOF.


"Bukan sekadar menuding jari atau melepaskan beban kepada pihak lain terutamanya MOF," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.


Abun menegaskan, adalah tidak wajar jika terus menunding jari kepada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim atau menyalahkan MOF kerana tanggungjawab utama iaitu pengumuman lebih awal harga RON95 pada kadar RM1.99 seliter telah dilaksanakan PM dan inisiatif BUDI95 mula berkuat kuasa semalam.


Abun yang juga Ketua Cabang KEADILAN Hulu Rajang berkata, masyarakat seharusnya bersyukur kerana harga RON95 di Malaysia masih antara yang terendah di rantau Asia Tenggara.


"Adalah tidak wajar menyalahkan PM Anwar yang juga Menteri Kewangan kerana beliau telah meluluskan dan mengumumkan penurunan harga petrol kepada RM1.99 seliter untuk semua warganegara Malaysia.


"Jika boleh, biarlah setiap warganegara berhak membeli petrol RON95dengan harga RM1.99 seliter tanpa ada kekangan atau syarat yang menyulitkan.


"Saya menyeru agar segala bentuk tudingan dan salah-menyalahkan dihentikan segera. Tumpuan kita adalah memastikan niat Kerajaan memberikan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter kepada semua warganegara benar-benar tercapai," ujarnya lagi.


Untuk rekod, Kerajaan Madani sedang mempertimbangkan sektor perekonomian tertentu menggunakan kaedah khas bagi memperolehi petrol bersubsidi di bawah inisiatif Budi Madani RON95.


Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) semalam, pihak kerajaan, terutamanya Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan bekerjasama dengan Penyedia Perkhidmatan E-Hailing (EHO) bagi mengenal pasti pemandu dalam sektor itu yang layak menerima tambahan subsidi petrol di bawah inisiatif bantuan bersasar.


Begitu juga dengan pengusaha pengangkutan air menggunakan bot enjin sangkut di Sabah dan Sarawak yang mendakwa tercicir dalam menerima subsidi di bawah BUDI95.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page