top of page

Majlis Bandaraya Miri diminta berhemah hadapi peniaga durian bermusim

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jan 18
1 min read

Majlis Bandaraya Miri (MBM) dirayu agar mengambil pendekatan lebih berhemah dan berperikemanusiaan dalam penguatkuasaan terhadap peniaga durian bermusim yang menjalankan perniagaan tanpa permit.


Menurut Senator Dewan Negara Abun Sui Anyit (gambar), musim durian yang singkat merupakan peluang penting kepada peniaga kecil untuk menambah pendapatan, justeru tindakan penguatkuasaan perlu dilaksanakan secara seimbang dan adil.


"Saya amat memahami keresahan peniaga kecil dan keluarga yang bergantung kepada jualan durian sebagai sumber rezeki, lebih-lebih lagi ketika musim buah yang singkat ini," katanya dalam satu kenyataan.

Tular di media sosial sitaan durian
Tular di media sosial sitaan durian

Beliau mengakui penjualan durian memerlukan permit daripada MBM, namun memohon agar pertimbangan khas diberikan kepada peniaga bermusim yang mungkin kurang arif mengenai peraturan sedia ada.


"Saya memohon dengan penuh hormat agar pihak MBM mempertimbangkan pendekatan yang lebih berhemah dan berperikemanusiaan, khususnya kepada peniaga bermusim yang mungkin tidak arif atau kurang maklumat mengenai peraturan," katanya.


Sehubungan itu, Ketua Cabang KEADILAN Hulu Rajang itu mencadangkan agar peniaga diberikan nasihat dan amaran terlebih dahulu serta tempoh munasabah untuk memohon permit sebelum tindakan penguatkuasaan lebih tegas dilaksanakan.


"Saya berharap peniaga diberi nasihat dan amaran terlebih dahulu, serta peluang yang munasabah untuk memohon permit dan mematuhi syarat, sebelum tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas diambil," ujarnya.


Tambah beliau, keseimbangan antara penguatkuasaan undang-undang dan kebajikan rakyat perlu menjadi keutamaan pihak berkuasa tempatan.


"Bagi ramai rakyat, musim durian ini adalah peluang penting untuk menambah pendapatan keluarga.


"Marilah kita mencari jalan tengah yang adil antara penguatkuasaan undang-undang dan kebajikan rakyat," katanya lagi.

1 Comment


ReeceBurton
Oct 23

https://1dollardeposit.com came to mind while reading this, because the senator's point about short durian seasons being a rare chance for small traders to earn extra income is easy to overlook from an enforcement-only mindset. What stood out to me was his suggestion of warnings and a reasonable window to apply for permits before any tough action, which seems like a sensible middle ground rather than an either-or choice. In my own neighborhood, street vendors often get blindsided by rules they never heard about, so a bit of guidance first tends to go a long way.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page