top of page

Berita


Ahli politik Sabah guna dokumen palsu mohon tanah dilapor polis
Raymond (dua dari kanan) membuat laporan polis di IPD Keningau Satu laporan polis telah dibuat terhadap seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah berhubung dakwaan penggunaan dokumen palsu. Presiden Pertubuhan Kebudayaan dan Kebajikan Murut Malaysia (PKKMM), Raymond Ahuar berkata, laporan polis itu dibuat selepas pihaknya menerima salinan Akuan Bersumpah (SD) daripada salah seorang penama yang didakwa terlibat dalam permohonan tanah kepada ADUN berkenaan bagi pihak p

Akmal Manaf
May 121 min read


Jelajah Wira MADANI hargai pasukan keselamatan, sasar 10 terbaik Indeks Keamanan Global
Program Jelajah Wira MADANI di Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kuantan, Pahang hari ini menjadi platform kerajaan menzahirkan penghargaan kepada pasukan keselamatan yang memainkan peranan penting dalam menjamin keamanan negara. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata, inisiatif tersebut digerakkan atas ilham Perdana Menteri bagi menghargai pengorbanan pasukan penguat kuasa di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) termasuk PGA, R

Redzuan Shamsudin
May 72 min read


SekPur lapor polis isu transaksi mencurigakan terkait bekas menteri
Setiausaha Agung SekPur, Mejar (B) Razali Zakaria berkata, beliau telah membaca satu laporan berita dalam sebuah portal bertajuk ‘Transaksi RM500,000 NexG-Datasonic bayar rasuah kepada Rafizi terbongkar! SPRM digesa siasat skandal Projek Vending Machine RM21.1 juta’, ketika berada di sebuah hotel di ibu negara pagi tadi

Akmal Manaf
Apr 81 min read


Op Viking: Polis sahkan Victor Chin antara 10 ditahan terlibat ubah wang haram
Polis Malaysia mengesahkan ahli perniagaan Victor Chin Boon Loong antara 10 individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram menerusi Ops Viking dari 15 Oktober lalu hingga 13 Januari lepas. Ketua Pasukan Unit Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman Datuk Fazlisyam Abd Majid berkata Chin telah ditahan pada Disember lepas dan dibebaskan dengan jaminan polis namun ahli perniagaan itu mungkin dipanggil semula sekiranya perlu. Be

Helmi Mohd Foad
Mar 302 min read


Semua agensi di bawah KDN perlu percepat guna teknologi AI
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar) mahu semua agensi dibawah kementerian itu mempercepat penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI). Menurut Saifuddin, teknologi tersebut medium penting bagi meningkatkan produktiviti, kecekapan kerja serta kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat sekaligus membolehkan pegawai melaksanakan tugasan dengan lebih pantas dan sistematik. "AI generatif ini sebenarnya masih baharu sekitar dua hingga tiga tahun

Suara Keadilan
Mar 61 min read


Pimpinan India KEADILAN, NGO P Pinang lapor polis pihak cetus isu perkauman
Kumaresan (tengah) bersama pimpinan India KEADILAN dan NGO bukan Islam membuat laporan polis Satu laporan polis telah dibuat oleh pimpinan India daripada KEADILAN Pulau Pinang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri berhubung tindakan pihak tertentu yang sengaja mencetuskan isu perkauman sehingga boleh menggugat keharmonian masyarakat. Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, A Kumaresan menegaskan, pihaknya tidak mahu berlaku ketegangan kaum di negara ini yang berpotensi menc

Akmal Manaf
Mar 41 min read


Kepolisian komuniti tangani jenayah kecil - Saifuddin
Strategi kepolisan berorientasikan komuniti bagi menangani jenayah kecil dan jenayah harta benda di kawasan berkepadatan penduduk bakal dipertingkatkan. Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata usaha itu bertujuan mengukuhkan kawalan sosial, mengurangkan ruang berlakunya jenayah serta meningkatkan kepercayaan antara masyarakat dengan polis. "Yang pertama, kita tekankan penglibatan dan kerjasama komuniti, seperti KRT, Sistem Rondaan S

Suara Keadilan
Mar 41 min read


Polis siasat dakwaan cubaan gulingkan kerajaan, libat individu berpengaruh
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima satu laporan polis berhubung dakwaan terdapat cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara melibatkan seorang individu berpengaruh tempatan bersama sebuah agensi media antarabangsa. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata siasatan sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. "Siasatan d

Helmi Mohd Foad
Feb 271 min read


Barangan kuil di Rawang dipindah sebelum Yayasan Kubra bersihkan tanah
Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor mengesahkan kerja-kerja pemindahan patung berhala di Kuil Sri Uchimalai Muniswaran, Rawang Perdana, Gombak berlangsung tanpa sebarang insiden tidak diingini awal pagi tadi. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata operasi yang dijalankan antara pukul 9.30 malam tadi hingga 4.12 pagi, melibatkan pihak pengurusan kuil bersama 10 penganut. "Kesemua empat patung berhala telah dipindahkan sebelum pemilik tanah memulakan kerj

Helmi Mohd Foad
Feb 252 min read


Kerajaan MADANI perhebat baik pulih kuarters tentera, polis uzur
Kerajaan MADANI akan terus fokus kepada usaha menambah baik kuarters tentera dan polis yang telah uzur demi keselesaan anggota pasukan keselamatan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) berkata, perbincangan mengenai perancangan semasa turut merangkumi langkah pembaikan kuarters yang telah mula dilaksanakan. "Perumahan polis kita dah ambil tindakan sepertinya (demikian juga) tentera, jadi kita akan lebih fokus. Tahun-tahun lepas RM1 bilion telah diberika

Suara Keadilan
Feb 201 min read


SEKPUR, MEMO lapor polis akaun media sosial salah guna logo PDRM
Shahbuddin usai membuat laporan polis di IPD Dang Wangi terhadap pihak yang menyalahguna logo PDRM Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SEKPUR) bersama Persatuan Media Digital Malaysia (MEMO) telah memfailkan laporan polis rasmi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi terhadap pemilik akaun media sosial Threads (Instagram) atas nama @shukriesaid. Laporan tersebut dibuat susulan hantaran video dan kandungan yang didakwa menggunakan logo rasmi Polis Diraja Malaysi

Suara Keadilan
Feb 151 min read
bottom of page
