top of page

Pimpinan India KEADILAN, NGO P Pinang lapor polis pihak cetus isu perkauman

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 21 minutes ago
  • 1 min read
Kumaresan (tengah) bersama pimpinan India KEADILAN dan NGO bukan Islam membuat laporan polis
Kumaresan (tengah) bersama pimpinan India KEADILAN dan NGO bukan Islam membuat laporan polis

Satu laporan polis telah dibuat oleh pimpinan India daripada KEADILAN Pulau Pinang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri berhubung tindakan pihak tertentu yang sengaja mencetuskan isu perkauman sehingga boleh menggugat keharmonian masyarakat.


Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, A Kumaresan menegaskan, pihaknya tidak mahu berlaku ketegangan kaum di negara ini yang berpotensi mencetuskan suasana huru-hara.


"Kami memandang serius sebarang cubaan untuk menimbulkan ketegangan kaum yang berpotensi mencetuskan suasana huru-hara serta mengancam perpaduan rakyat.


"Sehubungan itu, kami menggesa pihak Polis Diraja Malaysia agar menjalankan siasatan secara menyeluruh dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang didapati sengaja meniup sentimen perkauman," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumaresan membuat laporan polis
Kumaresan membuat laporan polis

Beliau dan pimpinan NGO berharap pihak berkuasa akan melakukan tindakan segera bagi memelihara ketenteraman awam.


"Tindakan yang cepat, tegas dan adil amat penting bagi memastikan ketenteraman awam terus terpelihara serta mesej jelas disampaikan bahawa sebarang usaha menggugat perpaduan nasional tidak akan sama sekali dikompromi " katanya yang juga Naib Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang.


Kebelakangan ini beberapa puak ultra agama cuba mewujudkan suasana tidak tenteram dengan pelbagai menghantar pelbagai memorandum dan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan perkauman di media sosial yang bertujuan mempertikaikan Kerajaan Madani kononnya kurang membela umat Islam.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page