top of page

Semua agensi di bawah KDN perlu percepat guna teknologi AI

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 days ago
  • 1 min read

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar) mahu semua agensi dibawah kementerian itu mempercepat penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).


Menurut Saifuddin, teknologi tersebut medium penting bagi meningkatkan produktiviti, kecekapan kerja serta kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat sekaligus membolehkan pegawai melaksanakan tugasan dengan lebih pantas dan sistematik.


"AI generatif ini sebenarnya masih baharu sekitar dua hingga tiga tahun sahaja berkembang secara pesat. Jadi kita masih belum terlalu jauh ketinggalan,


"Dengan AI, kita dapat menghasilkan first draft laporan atau siasatan secara automatik, mempercepatkan proses, dan meningkatkan produktiviti.


"Namun, pegawai tetap menjadi pemutus akhir, memastikan keputusan dan tindakan bersifat manusiawi dan tepat," kata beliau dipetik ketika berucap pada perhimpunan bulanan KDN di Putrajaya.


Beliau sementara itu menegaskan, penggunaan AI merupakan satu keperluan baharu dalam pentadbiran moden dan KDN telah memulakan langkah awal menerusi inisiatif “AI for KDN, KDN for AI” sejak dua tahun lepas.


Sambil menekankan latihan awal dan pendedahan pegawai kepada teknologi baharu. KDN jelasnya akan menghantar pegawai ke kursus dan pengajian universiti tempatan bagi membina kemahiran asas AI, sebelum mengaplikasikannya dalam tugasan harian.


Dalam masa sama beliau juga menyarankan pegawai agar lebih berani mengambil peluang, dan menggunakan inovasi teknologi untuk memacu KDN ke hadapan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page