top of page

Berita


AMK Perlis bantu selamatkan mangsa banjir terperangkap di Kangar
AMK Perlis mengagihkan bantuan makanan segera kepada mangsa banjir di rumah masing masing Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Perlis bersama Skuad dan Mobilasi AMK Perlis serta KHIDMAT Malaysia terus menggerakkan operasi bantuan di lapangan susulan banjir yang melanda beberapa kawasan di negeri itu. Menurut kenyataan media, pasukan AMK Perlis memberi tumpuan kepada bantuan makanan asas serta operasi mencari dan menyelamat mangsa banjir yang terperangkap di kediaman, khususnya di sek
Nov 26, 20251 min read
Â
Â


Amirudin umum bantuan segera RM500 untuk 750 mangsa banjir
Kerajaan Selangor mengumumkan bantuan awal sebanyak RM500 kepada 750 keluarga mangsa banjir yang kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negeri. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata keputusan bantuan itu dibuat dalam Mesyuarat Khas Exco Negeri sebagai langkah segera meringankan beban mangsa yang terpaksa berpindah ekoran hujan lebat sejak Ahad lalu. "Proses penyaluran bantuan perlu menunggu rekod pendaftaran lengkap di pusat pemind
Nov 26, 20251 min read
Â
Â


AMK, KHIDMAT Madani siap siaga hadapi gelombang banjir Monsun Timur Laut
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia menerusi inisiatif KHIDMAT Madani bersiap siaga di seluruh negara berikutan amaran gelombang banjir Monsun Timur Laut yang dijangka menjejaskan beberapa negeri termasuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Kelantan dan Selangor. Naib Ketua AMK Malaysia yang juga Pengerusi KHIDMAT Madani, Nabil Halimi (gambar) berkata, pihaknya memandang serius situasi banjir semasa dan menasihatkan penduduk di kawasan berisiko agar sentiasa pe
Nov 25, 20251 min read
Â
Â


KEADILAN Padang Besar, AMK turun bantu mangsa banjir Felda Mata Ayer
Pemimpin KEADILAN melawat ke PPS melihat keperluan mangsa banjir Susulan hujan lebat berterusan, beberapa kawasan di Perlis dilanda banjir sehingga memaksa penduduk dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Sehubungan itu, pimpinan KEADILAN Cabang Padang Besar bersama Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Perlis turun padang bagi menyalurkan bantuan segera kepada mangsa-mangsa yang terjejas. Menurut satu kenyataan, sukarelawan KEADILAN berada di PPS Felda Mata Ayer, salah satu
Nov 25, 20251 min read
Â
Â


KPDN aktifkan bilik gerakan, bekalan makanan terjamin di negeri banjir
Dr Fuziah mengesahkan KPDN membuka bilik gerakan di negeri hadapi banjir di Persidangan E-Dagang ASEAN Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membuka bilik gerakan di negeri terjejas banjir bagi memastikan bekalan makanan kekal mencukupi. Timbalan Menterinya, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, bilik gerakan tersebut mula beroperasi hari ini di Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan mula beroperasi semalam bagi memantau bekalan bekalan asas.
Nov 25, 20251 min read
Â
Â


Langkah susulan bantu mangsa banjir akan diumumkan - MB Amirudin
MB Amirudin mengulas situasi banjir di Sidang Dewan Negeri Selangor Kerajaan Selangor akan mengumumkan beberapa langkah susulan termasuk bentuk bantuan kepada penduduk yang terjejas banjir susulan hujan lebat yang melanda negeri itu sejak Ahad. Menteri Besar (MB) Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya kini sedang memantau dan mengemas kini perkembangan serta situasi banjir di negeri itu secara keseluruhan dan akan mengadakan sesi taklimat khas pengurusan banjir bagi mema
Nov 25, 20251 min read
Â
Â


KPM aktifkan Ops Payung, pastikan calon SPM duduki peperiksaan
Fadhlina melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Tapang di Kota Bharu. FB Fadhlina Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi jaminan tidak ada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan tercicir daripada menduduki peperiksaan walaupun terjejas akibat banjir Monsun Timur Laut (MTL). Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, KPM telah mengaktifkan Ops Payung bagi membantu pelajar terkepung atau terhalang pergi ke pusat peperiksaan akibat banjir. "Kita pantau si
Nov 24, 20251 min read
Â
Â


34 projek tebatan banjir di Selangor siap, 39 sedang dilaksanakan - Exco
Selangor memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi musim tengkujuh melalui pelaksanaan pelbagai projek tebatan banjir bernilai jutaan ringgit. Exco Infrastruktur Negeri, Datuk Izham Hashim (gambar) memaklumkan 34 projek tebatan banjir bernilai RM241.6 juta telah siap dilaksanakan setakat ini, manakala 39 projek tambahan bernilai RM383.35 juta sedang dijalankan. "Selain itu, 18 projek tebatan banjir di bawah Kerajaan Persekutuan juga sedang dilaksanakan dengan peruntukan RM3.462 bi
Nov 18, 20251 min read
Â
Â


ATM siap sedia hadapi musim tengkujuh, banjir
Musim tengkujuh dan banjir bakal melanda negeri Pantai Timur sepanjang Nov - Jan 2026. Gambar hiasan Oleh: Akmal Manaf Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini berada dalam keadaan siap siaga sebagai persediaan bagi menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika mesyuarat Jemaah Menteri hari ini. Fahmi berkata, sec
Nov 14, 20251 min read
Â
Â


RM1.4 bilion siapkan tebatan banjir, Kerajaan Madani serius bantu Kedah
Oleh: Helmi Foad Pendedahan program tebatan banjir di Kedah dengan peruntukan sebenar RM1.4 bilion dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sedang berlangsung membuktikan keprihatinan Kerajaan Madani untuk membantu rakyat negeri itu dalam menyelesaikan masalah banjir. Aktivis Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Mohd Hisyamuddin Ghazali memuji kesungguhan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melaksanakan tujuh projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Kedah
Nov 11, 20252 min read
Â
Â


Projek tebatan banjir guna kaedah berasaskan alam semula jadi jimat kos
Akmal menjawab pertanyaan anggota dewan dari PN di Dewan Rakyat. Foto: Jabatan Penerangan Malaysia Oleh: Akmal Manaf Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) komited untuk melaksanakan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di negara ini menerusi kaedah berasaskan alam semula jadi (NBS). Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, kaedah NBS bukan sahaja lebih mesra alam malah menjimatkan kos. "Tak bolehlah kita bina projek tebatan banjir yang gah
Nov 3, 20252 min read
Â
Â


PM lulus RM410 juta projek tebatan banjir, kawal hakisan pantai Terengganu
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu memberi penerangan persiapan menghadapi banjir Terengganu bakal menerima tujuh projek baharu bagi menangani isu banjir dan hakisan pantai, sekaligus membuktikan Kerajaan MADANI tidak meminggirkan negeri yang ditadbir pembangkang. Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu, Ir Osman Abdullah berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah meluluskan peruntukan keseluruhan RM410.68 juta bagi pelaksanaa
Oct 27, 20251 min read
Â
Â


AMK Perak edar 700 pek makanan kepada mangsa banjir
AMK Perak menyediakan bantuan untuk mangsa banjir sejak beberapa hari lalu Oleh: Azuan Ab Rahman Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Perak pada Jumaat mengedarkan sebanyak 700 pek makanan kepada mangsa banjir kilat di sekitar Bukit Gantang dan Taiping. Agihan bantuan diketuai Timbalan Ketua AMK Perak, Aslam Johari, dengan kerjasama Cabang KEADILAN Bukit Gantang dan Taiping, disertai 25 sukarelawan termasuk EXCO AMK Malaysia, Zaim Sidqi Zulkifly. Menurut kenyataan AMK Perak, inisiati
Oct 26, 20251 min read
Â
Â


Selangor perketat kesiapsiagaan hadapi musim banjir
DS Amirudin menyempurnakan Majlis Pelepasan Skuad Pengurusan Bencana Negeri sempena pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2025 di Dataran Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Kerajaan Negeri Selangor mempertingkatkan pemantauan di kawasan berisiko banjir menjelang musim peralihan monsun dan fenomena air pasang besar bagi memastikan keselamatan serta kebajikan rakyat terjamin. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya juga melaksanakan
Oct 25, 20251 min read
Â
Â


Wanita KEADILAN doakan kekuatan, perlindungan buat mangsa banjir
Oleh: Azuan Ab Rahman Wanita KEADILAN Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati mendalam kepada semua mangsa banjir di utara semenanjung terutama di Perak dan Pulau Pinang. Dalam satu kenyataan, Wanita KEADILAN menzahirkan doa agar semua keluarga yang terlibat diberikan kekuatan, ketabahan dan perlindungan Allah SWT dalam menghadapi ujian tersebut. "Semoga segala urusan pemindahan, bantuan dan pemulihan berjalan lancar serta keselamatan rakyat sentiasa terpelihara," uja
Oct 25, 20251 min read
Â
Â


Gerakkan usaha atasi isu banjir kilat Hulu Selangor - Setpol MB Selangor
Oleh: Azuan Ab Rahman Setiausaha Politik (Setpol) Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) menegur kelewatan tindakan pihak berkaitan dalam menangani isu banjir kilat di beberapa kawasan di Hulu Selangor. Menurutnya, sejak banjir melanda minggu lalu, teguran telah dibuat kepada lantikan politik kerajaan negeri di kawasan berkenaan agar memberi perhatian serius terhadap masalah yang menjadi keresahan penduduk setempat. "Penyelesaian menyeluruh perlu dipercepat
Oct 23, 20251 min read
Â
Â


Jangan kacau Sg Belaga, pertikaian tanah NCR ke mahkamah - Abun Sui
Hutan Ulu Belaga telah ditebang habis oleh syarikat perladangan sejak November tahun lalu Oleh: Helmi Foad Peguam yang mewakili penduduk...
Oct 3, 20251 min read
Â
Â


Misi empat NGO Malaysia serah bantuan banjir di Pakistan sukses
Ustaz Fakhrulrazi (tengah) melakukan kunjungan hormat ke Kedutaan Besar Malaysia di Islamabad Misi bantuan empat NGO Malaysia, MAPIM,...
Sep 27, 20251 min read
Â
Â


Fadhlina umum bantuan baik pulih sekolah terjejas banjir di Sabah
Fadhlina meninjau usaha baik pulih pasca banjir di beberapa sekolah di Sabah termasuk SK Lago, SK Kampung Brunei dan SK Pengiran Jaya...
Sep 26, 20251 min read
Â
Â


Kemudahan MCMC PRIME melancarkan komunikasi mangsa banjir Sabah
Oleh: Hasbul Ahmad Kerajaan menggerakkan pelbagai usaha bagi memastikan mangsa banjir di Sabah terus terhubung dengan dunia luar meskipun...
Sep 24, 20252 min read
Â
Â
bottom of page





