top of page

Fadhlina umum bantuan baik pulih sekolah terjejas banjir di Sabah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Fadhlina meninjau usaha baik pulih pasca banjir di beberapa sekolah di Sabah termasuk SK Lago, SK Kampung Brunei dan SK Pengiran Jaya
Fadhlina meninjau usaha baik pulih pasca banjir di beberapa sekolah di Sabah termasuk SK Lago, SK Kampung Brunei dan SK Pengiran Jaya

Oleh: Azuan Ab Rahman


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada Khamis meninjau kerja pemulihan pasca banjir di beberapa sekolah di Sabah termasuk SK Lago, SK Kampung Brunei dan SK Pengiran Jaya yang terjejas bencana banjir baru-baru ini.


Beliau berkata, beberapa fasiliti penting seperti bilik darjah, kelas prasekolah dan pejabat di aras bawah sekolah berkenaan rosak teruk dan memerlukan baik pulih.


Sehubungan itu jelasnya, beliau telah mengumumkan bantuan segera kepada sekolah-sekolah terlibat bagi mempercepatkan usaha pemulihan.


"Tumpuan pada waktu ini adalah memastikan kerja pemulihan dilaksanakan dengan segera," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.


Lawatan tersebut disertai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif; Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah; Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Hajah Siti Aminah Aching; beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan terjejas serta pemimpin komuniti setempat.


Sementara itu menurut Fadhlina, pihaknya akan memberi perhatian terhadap isu banjir berulang yang sering melanda kawasan berkenaan.


Menurutnya, Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sabah sedang merangka penyelesaian jangka panjang bagi memastikan keselamatan dan kelancaran sesi pembelajaran tidak terus terganggu.

"Segala cabaran akan kita atasi bersama demi anak-anak bangsa," tegas Fadhlina menerusi hantaran tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page