top of page

KPM aktifkan Ops Payung, pastikan calon SPM duduki peperiksaan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 1 min read
Fadhlina melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Tapang di Kota Bharu. FB Fadhlina
Fadhlina melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Tapang di Kota Bharu. FB Fadhlina

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi jaminan tidak ada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan tercicir daripada menduduki peperiksaan walaupun terjejas akibat banjir Monsun Timur Laut (MTL).


Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, KPM telah mengaktifkan Ops Payung bagi membantu pelajar terkepung atau terhalang pergi ke pusat peperiksaan akibat banjir.


"Kita pantau situasi ini dengan ketat, khususnya melibatkan calon SPM. Walaupun ramai sudah berada di asrama, kita tetap bersedia memindahkan pelajar bagi memastikan mereka sampai ke pusat peperiksaan.


"Pergerakan pelajar akan diselaras Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi lain.


"Jabatan Pedidikan Negeri (JPN) Kelantan berpengalaman dan sentiasa bersiap siaga menghadapi situasi banjir," katanya dipetik.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Tapang di Kota Bharu pada Ahad.


Dalam perkembangan berkaitan, Fadhlina memaklumkan sesi persekolahan diteruskan seperti biasa, termasuk di negeri yang dilanda banjir.


Bagi pelajar yang tidak terlibat dengan peperiksaan SPM tetapi terkesan banjir, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) akan dilaksanakan, manakala bagi pelajar yang perlu hadir ke sekolah tidak diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page