Langkah susulan bantu mangsa banjir akan diumumkan - MB Amirudin
- Suara Keadilan

- 44 minutes ago
- 1 min read

Kerajaan Selangor akan mengumumkan beberapa langkah susulan termasuk bentuk bantuan kepada penduduk yang terjejas banjir susulan hujan lebat yang melanda negeri itu sejak Ahad.
Menteri Besar (MB) Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya kini sedang memantau dan mengemas kini perkembangan serta situasi banjir di negeri itu secara keseluruhan dan akan mengadakan sesi taklimat khas pengurusan banjir bagi memastikan tindakan lebih teratur di peringkat lapangan.
"Kita memantau dengan rapat perkembangan paras air di empangan-empangan negeri agar dapat mengelakkan berlakunya sebarang insiden. Ketika ini semua empangan di paras agak stabil.
"Saya juga sedang menunggu laporan penuh mengenai situasi banjir di beberapa kawasan negeri ini," katanya dipetik ketika menyampaikan ucapan penangguhan sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) pada Isnin.
Berdasarkan laporan media, lebih 1,000 mangsa banjir kini ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Selangor.
Beberapa kawasan di Shah Alam, Klang, Hulu Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor mula dinaiki air pada pagi Isnin.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan hujan berterusan dijangka berlanjutan sehingga Rabu.
Sementara itu menurut Amirudin, beliau telah mengarahkan Exco serta pegawai berkaitan turun ke lapangan bagi menyantuni mangsa terjejas.









Comments