PM lulus RM410 juta projek tebatan banjir, kawal hakisan pantai Terengganu
- Suara Keadilan

- 1 hour ago
- 1 min read

Terengganu bakal menerima tujuh projek baharu bagi menangani isu banjir dan hakisan pantai, sekaligus membuktikan Kerajaan MADANI tidak meminggirkan negeri yang ditadbir pembangkang.
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu, Ir Osman Abdullah berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah meluluskan peruntukan keseluruhan RM410.68 juta bagi pelaksanaan kesemua projek terbabit.
"Kesemua projek tebatan banjir dan pengawalan hakisan diluluskan mengikut Bajet Rolling Plan Pertama (RP1) Tahun 2026 di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) baru-baru ini.
"Projek baharu tersebut ialah pengawalan hakisan Pantai Rusila, Marang bernilai RM140 juta dan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Anak Sungai Ibai, Kuala Terengganu (RM10 juta)," katanya dipetik.
Ir Osman Abdullah sebelumnya hadir ke sesi taklimat Kesiapsiagaan Monsun Timur Laut (MTL) di Kuala Terengganu pada Ahad.
Sementara itu jelasnya, peruntukan juga meliputi projek RTB Sungai Buaya, Kuala Nerus dan pemuliharaan sungai masing-masing menelan belanja RM198.17 juta dan RM25 juta.
Kelulusan juga diberikan kepada Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) Kemaman bernilai RM3.2 juta dan projek sistem Saliran Line 28 di Kampung Mak Chili Kemaman dengan kos RM29.5 juta.
"Projek baharu ketujuh ialah Kajian Pelan Induk Tebatan Banjir Lembangan Sungai Dungun bernilai RM4.5 juta," katanya.









Comments