top of page

Amirudin umum bantuan segera RM500 untuk 750 mangsa banjir

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 8 minutes ago
  • 1 min read
ree

Kerajaan Selangor mengumumkan bantuan awal sebanyak RM500 kepada 750 keluarga mangsa banjir yang kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negeri.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata keputusan bantuan itu dibuat dalam Mesyuarat Khas Exco Negeri sebagai langkah segera meringankan beban mangsa yang terpaksa berpindah ekoran hujan lebat sejak Ahad lalu.


"Proses penyaluran bantuan perlu menunggu rekod pendaftaran lengkap di pusat pemindahan sementara (PPS), selain mengambil kira keadaan cuaca yang masih dijangka hujan berterusan.


"Awal minggu ini atau selewatnya Jumaat kita akan selesaikan," katanya dipetik.


Terdahulu beliau meluangkan kira-kira satu jam mendengar taklimat serta meninjau keperluan penduduk yang terjejas banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Desa Aman di Kuala Selangor pada Selasa.


Terdahulu menerusi satu kenyataan, Kerajaan Negeri memaklumkan, pihaknya akan menyediakan pengangkutan kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ditempatkan di PPS untuk ke sekolah sebagai tanda keprihatinan terhadap murid dan keluarga terjejas.


Selain itu, Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI akan menyalurkan peralatan menulis dan digital kepada calon terjejas supaya urusan peperiksaan dapat diteruskan lebih selesa.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page