top of page

ATM siap sedia hadapi musim tengkujuh, banjir

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 22 minutes ago
  • 1 min read

Musim tengkujuh dan banjir bakal melanda negeri Pantai Timur sepanjang Nov - Jan 2026. Gambar hiasan
Musim tengkujuh dan banjir bakal melanda negeri Pantai Timur sepanjang Nov - Jan 2026. Gambar hiasan

Oleh: Akmal Manaf


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini berada dalam keadaan siap siaga sebagai persediaan bagi menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.


Fahmi berkata, secara teknikalnya MTL telah bermula semalam dan kerajaan dimaklumkan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bahawa mereka telah mengenal pasti lebih 3,682 titik panas (hotspot) banjir yang akan menjadi fokus persiapan menghadapi musim itu.


"Di bawah Jabatan Mineral dan Galian (JMG) pula, sejumlah 254 cerun kritikal telah dikenal pasti dan sebanyak 1,798 stesen hidrologi telah disediakan, manakala 614 unit siren amaran banjir bersedia untuk beroperasi.


"Selain itu, sebanyak 285 rumah pam juga telah disiapkan termasuk penambahan pam-pam bergerak untuk persiapan menghadapi banjir.


"Sejumlah empangan telah dikenal pasti, sekiranya berlaku limpahan air atau air melebihi tahap kritikal, maka tindakan intervensi akan diambil bagi menjamin keselamatan terutama bagi penduduk yang tinggal tidak jauh dari lokasi empangan" ujar beliau yang juga Menteri Komunikasi.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page