top of page

Kemudahan MCMC PRIME melancarkan komunikasi mangsa banjir Sabah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 24
  • 2 min read

ree

Oleh: Hasbul Ahmad


Kerajaan menggerakkan pelbagai usaha bagi memastikan mangsa banjir di Sabah terus terhubung dengan dunia luar meskipun berdepan situasi kecemasan melalui inisiatif yang digerakkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).


Ketua Penerangan KEADILAN Johor, Fakharuddin Moslim berkata, langkah penyediaan kemudahan komunikasi alternatif di kawasan terjejas banjir baru baru ini bagi memastikan penduduk, pasukan penyelamat dan agensi kerajaan dapat berhubung dengan lancar amat dihargai.

Fakharuddin Moslim
Fakharuddin Moslim

"Sokongan komunikasi itu amat penting ketika bencana bagi menyelaras operasi menyelamat, menyalurkan maklumat serta memberi peluang kepada mangsa berhubung dengan keluarga dan pihak berkuasa.


"Terima kasih SKMM di bawah Menteri Komunikasi kerana gerakkan inisiatif segera untuk memastikan rakyat Sabah tidak terputus komunikasi khususnya capaian internet agar terus dapat berhubung di kala rakyat dilanda banjir.


"Semoga inisiatif ini bawa kebaikan dan manfaat buat rakyat Sabah selain dari memastikan mangsa banjir dapat terus berhubung dengan pihak berkuasa dan keluarga mereka walaupun dalam situasi kecemasan," kata Fakharuddin kepada Suara Keadilan.


MCMC baru-baru ini turut mengumumkan penyediaan kemudahan komunikasi kecemasan MCMC PRIME serta perkhidmatan Internet komuniti Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI). Kenderaan mudah alih MCMC PRIME yang dilengkapi sokongan komunikasi telah digerakkan ke Kampung Cendrakasih dan Penampang yang terkesan akibat banjir.


Selain itu, pusat internet komuniti di bawah kendalian MCMC juga dibuka kepada orang ramai, bukan sahaja boleh mengakses internet percuma, malah mendapat maklumat sahih daripada pihak berkuasa mengenai status banjir, lokasi pusat pemindahan dan saluran bantuan.


MCMC turut bekerjasama rapat dengan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi memulihkan rangkaian yang terjejas serta menggerakkan peralatan mudah alih di kawasan kritikal.


"Ia juga membantu memberi perkhidmatan komunikasi dan internet yang stabil dan mempercepatkan penyampaian maklumat penting, termasuk amaran keselamatan dan koordinasi bantuan.


"Usaha ini menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat tidak terputus walaupun ketika berdepan bencana.


"Keutamaan kerajaan adalah memastikan sistem komunikasi rakyat tidak terputus. Ketika bencana, maklumat yang cepat dan tepat boleh menyelamatkan nyawa.


"Secara keseluruhannya, inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh kesiapsiagaan negara dalam menangani bencana, tetapi juga membuktikan peranan teknologi sebagai penghubung utama dalam situasi kritikal.


"Usaha ini sejajar dengan komitmen kerajaan memastikan kebajikan rakyat diutamakan, terutama dalam situasi bencana yang memerlukan kerjasama semua pihak," kata Fakharuddin lanjut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page