top of page

Misi empat NGO Malaysia serah bantuan banjir di Pakistan sukses

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 27, 2025
  • 1 min read

Ustaz Fakhrulrazi (tengah) melakukan kunjungan hormat ke Kedutaan Besar Malaysia di Islamabad
Ustaz Fakhrulrazi (tengah) melakukan kunjungan hormat ke Kedutaan Besar Malaysia di Islamabad

Misi bantuan empat NGO Malaysia, MAPIM, Ihsanku, Borderless Humanity dan Yayasan Mualaf Malaysia di Pakistan sukses menyerahkan bantuan keperluan asas kepada mangsa banjir di beberapa kawasan.


Selain itu, misi berkenaan yang diketuai mantan Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar kelmarin telah mengadakan kunjungan hormat ke Kedutaan Besar Malaysia di Islamabad.

Bantuan makanan diserahkan kepada mangsa
Bantuan makanan diserahkan kepada mangsa

Dalam pertemuan berkenaan, Ustaz Fakhrulrazi mengambil kesempatan membentangkan laporan aktiviti pasukan bantuan yang dipimpinnya.


"Saya memberi laporan aktiviti kami sepanjang di Pakistan dan berkongsi maklumat berkaitan operasi serta peluang kerjasama dalam pelbagai bidang (di negara berkenaan)," katanya.


Sebelum itu, dalam muat naik di media sosial, Ustaz Fakhrulrazi dan rombongan berjaya menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir di Mamukhajen, Pakistan sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia terhadap penderitaan yang dialami komuniti terjejas di negara tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page