top of page

Selangor perketat kesiapsiagaan hadapi musim banjir

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read
DS Amirudin menyempurnakan Majlis Pelepasan Skuad Pengurusan Bencana Negeri sempena pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2025 di Dataran Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
DS Amirudin menyempurnakan Majlis Pelepasan Skuad Pengurusan Bencana Negeri sempena pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2025 di Dataran Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Kerajaan Negeri Selangor mempertingkatkan pemantauan di kawasan berisiko banjir menjelang musim peralihan monsun dan fenomena air pasang besar bagi memastikan keselamatan serta kebajikan rakyat terjamin.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya juga melaksanakan kerja-kerja pengukuhan ban serta mempertingkat kesiapsiagaan pasukan keselamatan bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana.


"Kita memperketat kawalan terutama sekitar Disember yang lazimnya berdepan fenomena air pasang besar.


"Sebagai langkah awal, kita menambah baik ban dan memperkukuh kesiapsiagaan pasukan keselamatan," katanya dipetik.


Terdahulu Amirudin menyempurnakan Majlis Pelepasan Skuad Pengurusan Bencana Negeri sempena pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2025 di Dataran Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada Jumaat.


Majlis pelancaran diserikan dengan pelepasan Skuad Pengurusan Bencana Negeri, melibatkan 15 jentera daripada pelbagai agensi termasuk pasukan beruniform, pihak berkuasa tempatan serta pejabat daerah dan tanah itu diselaraskan bagi tujuan menyelamat dan bantuan kecemasan.

"Kerajaan Negeri komited memperkukuh koordinasi untuk menghadapi bencana. Melalui kerjasama erat bersama NADMA, pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan, bantuan dapat disampaikan dengan lebih cepat, cekap dan berkesan," katanya.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page