top of page

34 projek tebatan banjir di Selangor siap, 39 sedang dilaksanakan - Exco

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read
ree

Selangor memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi musim tengkujuh melalui pelaksanaan pelbagai projek tebatan banjir bernilai jutaan ringgit.


Exco Infrastruktur Negeri, Datuk Izham Hashim (gambar) memaklumkan 34 projek tebatan banjir bernilai RM241.6 juta telah siap dilaksanakan setakat ini, manakala 39 projek tambahan bernilai RM383.35 juta sedang dijalankan.


"Selain itu, 18 projek tebatan banjir di bawah Kerajaan Persekutuan juga sedang dilaksanakan dengan peruntukan RM3.462 bilion," katanya dipetik di Dewan Undangan Negeri Selangor semalam.

Sementara itu tambahnya, sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh, sebanyak 127 kerja bernilai RM27.94 juta telah diluluskan, termasuk bagi kerja pengorekan sungai dan kolam takungan.


Selain itu, 50 kerja mitigasi banjir bernilai RM14.1 juta merangkumi pengukuhan tebing, penyelenggaraan rumah pam dan pintu air turut dilaksanakan.


"Selangor turut memperkukuh infrastruktur hidromekanikal dengan 353 pintu kawalan air, 27 rumah pam submersible, 26 rumah pam skru, 115 pam bergerak berkapasiti tinggi dan 34 pam bergerak separa kekal untuk operasi kecemasan banjir," katanya lagi.


Sebagai langkah berjaga-jaga, Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor jelasnya turut mengaktifkan Pasukan Operasi Pemantauan Cuaca semasa Monsun Timur Laut bagi memantau stesen telemetri hujan, aras air, siren, dan kamera litar tertutup secara berterusan.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page