top of page

AMK Perlis bantu selamatkan mangsa banjir terperangkap di Kangar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

AMK Perlis mengagihkan bantuan makanan segera kepada mangsa banjir di rumah masing masing
AMK Perlis mengagihkan bantuan makanan segera kepada mangsa banjir di rumah masing masing

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Perlis bersama Skuad dan Mobilasi AMK Perlis serta KHIDMAT Malaysia terus menggerakkan operasi bantuan di lapangan susulan banjir yang melanda beberapa kawasan di negeri itu.


Menurut kenyataan media, pasukan AMK Perlis memberi tumpuan kepada bantuan makanan asas serta operasi mencari dan menyelamat mangsa banjir yang terperangkap di kediaman, khususnya di sekitar Kampung Bakau, Kangar, selain kawasan lain dari Arau hingga ke Kangar.


"Pergerakan kami hari ini (semalam) lebih memfokuskan kepada bantuan makanan asas dan operasi mencari dan menyelamatkan mangsa-mangsa banjir yang terperangkap di kediaman mereka, dari kawasan Arau hingga ke Kangar," menurut kenyataan itu.


Situasi banjir semakin membimbangkan apabila seramai 5,833 penduduk telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat pukul 4 petang tadi, menurut laporan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Perlis.


Sehubungan itu, AMK Perlis menyeru orang awam untuk sentiasa merujuk atau menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) untuk bantuan dan maklumat rasmi di talian 04-9738982.


AMK Perlis dan KHIDMAT Malaysia komited meneruskan operasi bantuan bagi memastikan keselamatan mangsa serta kelancaran pemindahan di kawasan terjejas.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page