top of page

Jangan kacau Sg Belaga, pertikaian tanah NCR ke mahkamah - Abun Sui

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 3
  • 1 min read

Updated: Oct 4


Hutan Ulu Belaga telah ditebang habis oleh syarikat perladangan sejak November tahun lalu
Hutan Ulu Belaga telah ditebang habis oleh syarikat perladangan sejak November tahun lalu

Oleh: Helmi Foad


Peguam yang mewakili penduduk asal Sungai Belaga, Bintulu, Sarawak menggesa semua pihak agar tidak mengganggu anak guamnya yang sedang mempertahankan kawasan Ulu Sungai Belaga daripada dimusnahkan ketika kes pertikaian tanah dengan sebuah syarikat perladangan dan lima pihak lain yang kini dibicarakan di Mahkamah Tinggi Bintulu.


Peguambela plaintif, Abun Sui Anyit berkata, penduduk asal yang menyayangi Ulu Sungai Belaga kini memohon keadilan serta perintah injunksi daripada mahkamah bagi melindungi tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) mereka.

Banjir kilat baru baru ini menenggelamkan rumah penduduk dan kenderaan
Banjir kilat baru baru ini menenggelamkan rumah penduduk dan kenderaan

Menurut beliau, mana-mana pihak yang mempunyai bukti untuk menyokong penduduk dipelawa menghubunginya selaku peguambela plaintif.


Selain itu, beliau turut menyeru ketua masyarakat dan wakil rakyat yang prihatin agar tampil membantu perjuangan tersebut dengan menghubungi pihak peguam plaintif.


"Kita menghargai mana-mana pihak yang prihatin dengan perjuangan plaintif dan diminta supaya berhubung terus dengan peguam mereka," katanya yang juga Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak.

Abun Sui (tengah) bersama penduduk Ulu Belaga di Mahkamah Tinggi Bintulu
Abun Sui (tengah) bersama penduduk Ulu Belaga di Mahkamah Tinggi Bintulu

Dalam kenyataan sama, beliau sekali lagi menekankan agar semua pihak memberi kerjasama sepenuhnya serta tidak mengganggu penduduk yang mempertahankan kawasan tersebut.


"Saya memohon kerjasama semua pihak agar tidak mengganggu anak guam saya atau mana-mana penduduk yang mempertahankan kawasan Ulu Sungai Belaga daripada dimusnahkan," tegasnya.


Selain itu, Abun Sui juga kesal dengan kerosakan alam sekitar yang berlaku di Ulu Belaga akibat penebangan hutan berleluasa sehingga menyebabkan banjir besar baru baru ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page