top of page

KEADILAN Padang Besar, AMK turun bantu mangsa banjir Felda Mata Ayer

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 15 minutes ago
  • 1 min read
Pemimpin KEADILAN melawat ke PPS melihat keperluan mangsa banjir
Pemimpin KEADILAN melawat ke PPS melihat keperluan mangsa banjir

Susulan hujan lebat berterusan, beberapa kawasan di Perlis dilanda banjir sehingga memaksa penduduk dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).


Sehubungan itu, pimpinan KEADILAN Cabang Padang Besar bersama Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Perlis turun padang bagi menyalurkan bantuan segera kepada mangsa-mangsa yang terjejas.


Menurut satu kenyataan, sukarelawan KEADILAN berada di PPS Felda Mata Ayer, salah satu lokasi yang terkesan akibat fenomena banjir kali ini.


"Pimpinan KEADILAN Cabang Padang Besar serta Angkatan Muda KEADILAN Perlis turun ke PPS Bencana Banjir Negeri Perlis di Felda Mata Ayer yang terjejas ekoran hujan lebat yang tidak berhenti dari malam semalam," kata kenyataan yang dimuat naik di media sosial.

Bantuan air minuman diagihkan
Bantuan air minuman diagihkan

Sehingga semalam, tiga buah sekolah telah dijadikan PPS iaitu SK Felda Mata Ayer, SK Titi Tinggi dan SK Lubuk Sireh.


Kehadiran pimpinan Cabang dan AMK Perlis adalah bagi memastikan bantuan segera dapat disampaikan, termasuk makanan, keperluan asas serta penyelarasan penempatan sementara.


"Barisan kepimpinan KEADILAN Padang Besar, dan Pimpinan AMK Perlis turun membantu mengagihkan makanan dan penempatan mangsa-mangsa banjir."


Dalam masa yang sama, KEADILAN Perlis turut menyeru semua penduduk agar sentiasa berwaspada dan menjaga keselamatan diri sepanjang tempoh banjir.


"Kami juga menyeru rakyat Perlis untuk menjaga keselamatan diri dan keluarga serta prihatin akan kebajikan masyarakat sekeliling dan hubungi pihak berwajib untuk sebarang bantuan dan maklumat yang tepat," kata kenyataan itu lagi.


Cuaca yang tidak menentu dijangka berterusan di beberapa kawasan, dan pihak berkuasa sedang memantau rapat keadaan bagi memastikan keselamatan penduduk.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page