top of page

Berita


BM, sejarah mata pelajaran wajib, tiada lagi jurang aliran sekolah
DS Anwar berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035 di Putrajaya Kerajaan menegaskan bahawa Bahasa Melayu dan Sejarah kekal sebagai asas penyatuan sistem pendidikan negara apabila semua aliran sekolah tanpa pengecualian diwajibkan mengambil kedua-dua subjek tersebut dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ketetapan itu terpakai kepada semua sistem persekolahan termasuk sekolah antarabangsa, sekola

Suara Keadilan
Jan 202 min read


Isu Iran, Venezuela: Malaysia kekal pendirian pertahan kedaulatan negara
Malaysia mengambil pendirian yang jelas dan konsisten dalam isu antarabangsa melibatkan Iran dan Venezuela, dengan meletakkan prinsip kedaulatan negara serta pematuhan undang-undang antarabangsa sebagai keutamaan utama dalam dasar luar negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendirian tersebut dizahirkan walaupun berpotensi menimbulkan tekanan geopolitik terhadap Malaysia. "Dalam isu Venezuela, Malaysia adalah antara negara yang mengambil pendirian paling te

Suara Keadilan
Jan 202 min read


Peace Committee Gaza: Malaysia hati-hati, utama hentikan serangan Israel
Malaysia mengambil pendekatan berhati-hati terhadap cadangan penubuhan Peace Committee bagi pembangunan semula Gaza, dengan menegaskan keutamaan ketika ini ialah menghentikan serangan berterusan rejim Zionis Israel serta memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan tanpa halangan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia menyokong sebarang usaha yang menjurus kepada perdamaian, namun menegaskan beberapa persoalan asas masih belum dijelaskan berkaitan jawa

Suara Keadilan
Jan 202 min read


Tiada keperluan pinda Perlembagaan, Malaysia kekal dasar berkecuali
Kerajaan tidak melihat keperluan untuk meminda Perlembagaan atau undang-undang sedia ada bagi mengekalkan pendirian Malaysia sebagai negara berkecuali, meskipun landskap geopolitik global kini semakin tidak menentu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dasar luar negara boleh terus digubal dan dilaksanakan selagi tidak bercanggah dengan Perlembagaan serta semangat asasnya. "Penggubalan dasar negara itu tidak memerlukan pindaan perlembagaan asalkan ia tidak berten

Suara Keadilan
Jan 202 min read


Isi rumah, warga emas terima STR hari ini
Oleh: Helmi Foad Kerajaan MADANI mula menyalurkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Tahun 2026 pada hari ini, demikian menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata seramai 5 juta penerima meliputi 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tiada pasangan akan menerima antara bantuan tunai RM100 dan RM500 mengikut kelayakan masing-masing. Pembayaran bagi suku tahun itu melibatkan peruntukan sehingga RM1.1 bilion. "Penambahbaikan kepada STR yang kini d

Suara Keadilan
Jan 201 min read


Pertumbuhan ekonomi 2025 memberansangkan, 4.9 peratus - PM
PM menyatakan pertumbuhan ekonomi 4.9 peratus di Sidang Dewan Rakyat Oleh: Akmal Manaf Pertumbuhan ekonomi negara terus menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun 2025 merekodkan pertumbuhan 4.9 peratus setakat pagi ini, melepasi unjuran rasmi kerajaan antara 4.0 hingga 4.8 peratus, umum Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri (PM) berkata, bukan sahaja KDNK menunjukkan pertumbuhan positif, malah prestasi ringgit tur

Suara Keadilan
Jan 201 min read


Pendekatan geopolitik inklusif ASEAN, sokong negara kecil seiring kuasa besar
DS Anwar menyampaikan ucapan pada Majlis Penghargaan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 di Serdang Malaysia menegaskan dasar luar negara berteraskan pendekatan geopolitik yang inklusif dan berprinsip dengan memberi penekanan kepada peranan serantau dan hubungan seimbang antara kuasa besar dunia serta negara-negara ASEAN yang sedang membangun. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia bukan sahaja terus menjalin hubungan strategik dengan kuasa besar seperti Amer

Suara Keadilan
Jan 192 min read


Anwar, Kak Wan tidak pernah lupa jasa reformis - Azman
Datuk Azman berucap dalam program Temu Rapat Sekretariat Reformasi Madani Malaysia Oleh: Akmal Manaf Para penggerak reformasi atau Otai Reformis sentiada dikenang jasa mereka oleh Bapa Reformasi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah. Hal itu dinyatakan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin hari ini dalam ucapan perasmian program Temu Rapat Sekretariat Reformasi Madani Malaysia (SRMM) yang bertema, ‘Hala Tuju Gerakan Reform

Suara Keadilan
Jan 192 min read


PM bakal lancar Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 minggu ini
Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035 akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa, 20 Januari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Menurut satu kenyataan, pelan strategik nasional itu merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara daripada peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi. RPN berkenaan diterajui bersama oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM) yang mencerminkan iltizam Kera

Suara Keadilan
Jan 182 min read


Kesihatan PM memberangsangkan, teruskan tugas rasmi seperti dijadual
PM Anwar menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Sultan Idris Shah pagi tadi. Foto: FB HSIS Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjalani pemeriksaan kesihatan berkala di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang hari ini. Menurut kenyataan Pengarah Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, keputusan pemeriksaan mengesahkan bahawa tahap kesihatan Perdana Menteri berada dalam keadaan baik dan memberangsangkan. "Keputusan pemeriksaan mengesahkan bahawa kesihatan YAB

Suara Keadilan
Jan 181 min read


Israk Mikraj: Solat teras kehidupan, keadilan - PM
Oleh: Azuan Ab Rahman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menekankan bahawa salah satu peristiwa penting Israk dan Mikraj Rasulullah SAW ialah penerimaan perintah solat lima waktu sebagai ibadah teras bagi Muslim. Beliau menegaskan, solat bukan sekadar ibadah rutin, sebaliknya mempunyai dimensi yang luas dengan kesan mendalam kepada membentuk diri individu serta memberi kesan kepada keluarga, masyarakat dan negara. Menjelaskan perkara itu, Anwar berkata, tokoh ulama Is

Suara Keadilan
Jan 171 min read


Kerajaan beri ruang banteras korupsi, elak malapetaka kepada ekonomi rakyat
DS Anwar melambai kepada peniaga kecil dalam lawatan singkat beliau sebelum solat Jumaat Oleh: Akmal Manaf Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan memberi ruang sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bertindak membanteras rasuah tanpa campur tangan politik. Beliau berkata, kega

Suara Keadilan
Jan 162 min read


Perkukuh keharmonian masyarakat majmuk sempena sambutan Pongal
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan Selamat Menyambut Perayaan Ponggal kepada seluruh masyarakat India, khususnya komuniti Tamil, sempena perayaan yang melambangkan kesyukuran atas limpahan rezeki hasil tuaian serta permulaan bulan Thai dalam kalendar Tamil. Dalam kenyataan media, beliau berkata sambutan Ponggal juga sering diraikan sebagai hari pertama Tahun Baharu Tamil dan membawa makna yang besar kepada masyarakat Tamil. "Masyarakat Tamil akan me

Suara Keadilan
Jan 151 min read


Kerajaan MADANI perkukuh hal ehwal Islam secara inklusif, berkesan
DS Anwar mengiringi Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (tengah) ke Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-74 Kerajaan MADANI komited untuk terus memperkukuh pengurusan hal ehwal Islam secara inklusif dan berkesan berteraskan semangat musyawarah antara negeri. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan itu adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan serta nilai dan aspirasi Malaysia MADANI bagi memastikan kesejahteraan um

Suara Keadilan
Jan 141 min read


Pertembungan Anwar Ibrahim Dan Mustafa Kamal Ataturk
Pembangkang mempersoalkan penghormatan diberikan PM di makam Mustafa Kamal, biarpun penghormatan tersebut atas dasar karamah insaniah dan keperluan dalam protokol lawatan rasmi ke Turkiye. Oleh: Amidi Hj Abdul Manan ULASAN: Ramai yang mempertikai penghormatan yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Mustafa Kamal Ataturk di Ankara, Turkiye baru baru ini. Seolah-olah Anwar telah tercabut akar akidah keIslamannya. Seumpama telah bertukar arah kibl

Suara Keadilan
Jan 123 min read


Peruntukan tambahan RM5 juta untuk pengurusan, penyelenggaraan Zoo Negara
DS Anwar melawat Zoo Negara dan meluuskan peruntukan bagi memastikan zoo terus memberi khidmat terbaik Kerajaan MADANI meluluskan peruntukan tambahan berjumlah RM5 juta kepada Zoo Negara bertujuan memperkukuh pengurusan dan penyelenggaraan kawasan pusat konservasi itu. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan peruntukan berkata, hal itu sebagai mencerminkan iltizam serta tekad berterusan kerajaan untuk memastikan kebajikan haiwan, kemudahan awam, serta peng

Suara Keadilan
Jan 111 min read


Kepimpinan PM Anwar penting demi kelangsungan reformasi institusi - Shamala
Malaysia memerlukan kepimpinan yang berprinsip, berpengalaman dan berani membuat keputusan sukar dalam memastikan agenda pembaharuan negara dapat diteruskan secara konsisten dan berkesan. Naib Pengerusi KEADILAN Johor merangkap Ketua Cabang Segamat, Shamala Vasudevan berkata, kualiti kepimpinan sedemikian hanya dimiliki oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai pemimpin yang memahami denyut nadi rakyat serta berani membetulkan sistem pemerintahan. "Dalam lands

Suara Keadilan
Jan 102 min read


Pulang dari Turkiye, PM Anwar mempengerusikan Mesyuarat Kabinet
DS Anwar mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri petang semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmennya terhadap amanah kepimpinan negara apabila terus menjalankan tugasan rasmi sebaik tiba di tanah air semalam, selepas selesai lawatan rasmi ke Republik Türkiye. Walaupun baharu tiba di tanah air beliau terus ke pejabat bagi mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri, sekali gus mencerminkan kesungguhan dan disiplin kerja tinggi dalam menerajui Kerajaan

Suara Keadilan
Jan 101 min read


Turkiye rakan dagang penting untuk kembangkan ekonomi Malaysia - PM
DS Anwar dalam wawancara bersama media Turkiye, TRT World Oleh: Akmal Manaf Lawatan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Turkiye yang berakhir semalam bertujuan memperkukuh hubungan dagang yang memberi manfaat langsung kepada rakyat kedua-dua negara. Beliau berkata, Malaysia menyasarkan nilai dagangan sebanyak AS$10 bilion, meskipun jumlah itu masih kecil berbanding saiz ekonomi Turkiye dan kekuatan ekonomi Malaysia yang sedang berkembang. "Kita perlu menembusi pa

Suara Keadilan
Jan 92 min read


Lawatan rasmi ke Türkiye berjaya, manfaat langsung perdagangan, teknologi
DS Anwar menyifatkan lawatan ke Turkiye berjaya dalam sidang media sebelum berangkat pulang Kunjungan rasmi delegasi Malaysia ke Turkiye disifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai amat berjaya. Menurut Anwar, kunjungan rasmi tersebut bukan sahaja memperkukuh hubungan dua hala Malaysia–Türkiye merentasi pelbagai bidang strategik, malah membuka peluang baharu yang membawa manfaat langsung kepada rakyat kedua-dua negara. "Kunjungan rasmi ke Ankara dan Istanbul

Suara Keadilan
Jan 92 min read
bottom of page





