top of page

Pulang dari Turkiye, PM Anwar mempengerusikan Mesyuarat Kabinet

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 10
  • 1 min read
DS Anwar mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri petang semalam
DS Anwar mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri petang semalam

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmennya terhadap amanah kepimpinan negara apabila terus menjalankan tugasan rasmi sebaik tiba di tanah air semalam, selepas selesai lawatan rasmi ke Republik Türkiye.


Walaupun baharu tiba di tanah air beliau terus ke pejabat bagi mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri, sekali gus mencerminkan kesungguhan dan disiplin kerja tinggi dalam menerajui Kerajaan MADANI.


"Alhamdulillah, selamat tiba ke tanah air usai lawatan rasmi di Republik Türkiye


"Saya kemudiannya ke pejabat untuk mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri," katanya dalam muat naik di media sosial


Jadual ketat tersebut jelas menunjukkan tiada rehat dalam kamus Perdana Menteri.


Beliau menekankan kelangsungan pentadbiran, ketekunan serta keutamaan terhadap urusan negara, selaras dengan prinsip kerja keras dan tanggungjawab yang menjadi teras Kerajaan MADANI.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page