Isi rumah, warga emas terima STR hari ini
- Suara Keadilan

- 1 hour ago
- 1 min read

Oleh: Helmi Foad
Kerajaan MADANI mula menyalurkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Tahun 2026 pada hari ini, demikian menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata seramai 5 juta penerima meliputi 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tiada pasangan akan menerima antara bantuan tunai RM100 dan RM500 mengikut kelayakan masing-masing.
Pembayaran bagi suku tahun itu melibatkan peruntukan sehingga RM1.1 bilion.
"Penambahbaikan kepada STR yang kini disepadukan dengan pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), memastikan golongan berkelayakan menerima bantuan yang lebih konsisten dan berkesinambungan dalam memenuhi keperluan asas," kata beliau dalam hantaran di Facebook.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata STR disediakan sebagai bantuan tambahan secara suku tahunan untuk memberi ruang kewangan pada waktu puncak seperti musim perayaan manakala SARA berfungsi sebagai sokongan asas bulanan yang stabil.
"Kerajaan MADANI giat memastikan setiap rakyat dapat hidup bermaruah, tanpa ada yang terpinggir dalam mengharungi tekanan kos sara hidup. Saya berharap bantuan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para penerima," katanya.









Comments