Kesihatan PM memberangsangkan, teruskan tugas rasmi seperti dijadual
- Suara Keadilan

- 4 hours ago
- 1 min read

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjalani pemeriksaan kesihatan berkala di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang hari ini.
Menurut kenyataan Pengarah Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, keputusan pemeriksaan mengesahkan bahawa tahap kesihatan Perdana Menteri berada dalam keadaan baik dan memberangsangkan.
"Keputusan pemeriksaan mengesahkan bahawa kesihatan YAB Perdana Menteri berada pada tahap yang memberangsangkan serta membolehkan beliau meneruskan semua tugasan rasmi seperti yang dijadualkan," menurut kenyataan tersebut.
Pihak hospital turut memaklumkan bahawa pemeriksaan kesihatan berkala ini mencerminkan komitmen berterusan Perdana Menteri dalam memastikan tahap kecergasan dan kesejahteraan diri sentiasa terpelihara.
"Pemeriksaan ini juga mencerminkan komitmen berterusan YAB Perdana Menteri dalam memastikan tahap kecergasan dan kesejahteraan diri sentiasa terpelihara, demi menjamin keupayaan beliau memimpin negara dan menunaikan amanah kepada rakyat dengan penuh kesungguhan dan dedikasi," katanya lagi.









Comments