top of page

Israk Mikraj: Solat teras kehidupan, keadilan - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 17
  • 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menekankan bahawa salah satu peristiwa penting Israk dan Mikraj Rasulullah SAW ialah penerimaan perintah solat lima waktu sebagai ibadah teras bagi Muslim.


Beliau menegaskan, solat bukan sekadar ibadah rutin, sebaliknya mempunyai dimensi yang luas dengan kesan mendalam kepada membentuk diri individu serta memberi kesan kepada keluarga, masyarakat dan negara.


Menjelaskan perkara itu, Anwar berkata, tokoh ulama Islam Nusantara Syeikh Daud Al-Fatani dalam karya klasik Munyatul Musolli bukan sahaja membahas tatacara solat tetapi juga prinsip keadilan dan tadbir urus baik.


"Dalam bab "Tatmim al-Fa’idah", Syeikh Daud menyentuh mengenai ibadah solat namun jauh daripada itu mengaitkan dengan prinsip keadilan.


"Keadilan adalah tentang keseimbangan dan wujud secara beriringan dengan fenomena convivencia global, iaitu keadaan yang masyarakat sejagat hidup bersama dalam budaya damai," kata beliau menerusi hantaran di Facebook.


Perdana Menteri menegaskan, usaha mencapai keadilan adalah tanggungjawab semua pihak, Muslim atau bukan Muslim.


Sehubungan itu beliau menyeru rakyat memelihara keharmonian, menolak prasangka, stereotaip palsu dan naratif permusuhan, sambil menekankan sikap tawaduk dan berhati-hati dalam mencari jawapan agar tidak tergesa-gesa menganggapnya penyelesaian tuntas.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page