top of page

Perkukuh keharmonian masyarakat majmuk sempena sambutan Pongal

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan Selamat Menyambut Perayaan Ponggal kepada seluruh masyarakat India, khususnya komuniti Tamil, sempena perayaan yang melambangkan kesyukuran atas limpahan rezeki hasil tuaian serta permulaan bulan Thai dalam kalendar Tamil.


Dalam kenyataan media, beliau berkata sambutan Ponggal juga sering diraikan sebagai hari pertama Tahun Baharu Tamil dan membawa makna yang besar kepada masyarakat Tamil.


"Masyarakat Tamil akan menyambut Perayaan Ponggal, yang melambangkan kesyukuran atas limpahan rezeki dari hasil tuaian. Sambutan ini juga menandakan bermulanya bulan Thai dalam kalendar Tamil, yang sering diraikan sebagai hari pertama Tahun Baharu Tamil," katanya.


Perdana Menteri berharap agar sambutan Ponggal pada tahun ini diraikan dalam suasana penuh kegembiraan, keharmonian dan lebih bermakna bersama keluarga serta insan tersayang.


"Saya berharap sambutan Ponggal pada tahun ini diraikan dengan penuh kegembiraan, keharmonian dan lebih bermakna bersama keluarga serta insan tersayang. Perayaan ini turut mengingatkan kita tentang nilai kesyukuran, kebersamaan dan saling menghargai antara satu sama lain," ujar beliau.


Datuk Seri Anwar turut menegaskan bahawa perbezaan pandangan, latar belakang dan pendirian tidak seharusnya menjadi penghalang kepada keharmonian masyarakat dan perpaduan negara.


"Walaupun kita berbeza pandangan, latar belakang atau pendirian, sikap saling memahami dan menghormati kekal pengikat kepada keharmonian masyarakat majmuk serta kekuatan perpaduan negara," katanya.


Menurut beliau, semangat kebersamaan perlu terus diperkasa dalam usaha membina sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera.


Sehubungan itu, Perdana Menteri sekali lagi menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu Tamil dan Selamat Menyambut Perayaan Ponggal kepada seluruh masyarakat India di negara ini, khususnya komuniti Tamil.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page