top of page

Berita


Bersatu bergolak, bukan lagi menyatukan politik Melayu - Amidi
Oleh: Akmal Manaf Pergolakan dalaman Bersatu yang menyaksikan pemecatan Timbalan Presiden parti itu Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan terbaharu Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin meletak jawatan Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah hanya merugikan orang Melayu yang menyokong parti itu. Menurut Pengarah Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Amidi Abdul Manan (gambar) , orang Melayu tidak memerlukan kelompok pemimpin yang sekadar melaungkan perpaduan

Suara Keadilan
Feb 211 min read


Karnival Rakyat Madani Kuala Penor perkasa aktiviti luar bandar
Ketua Cabang, Fakhrul Anuar, bersama penduduk kampung dalam karnival melibatkan aktiviti kemasyarakatan Bagi meningkatkan kegiatan ranting-ranting di bawah KEADILAN Cabang Kuantan khususnya di kawasan luar bandar, satu program Karnival Rakyat Madani Kampung Kuala Penor telah dianjurkan di Padang Awam Kuala Penor baru-baru ini. Program anjuran Cabang Kuantan menerusi Ranting Kuala Penor itu bertujuan merancakkan aktiviti bersama komuniti setempat melalui pengisian yang menyelu

Suara Keadilan
Feb 212 min read


Anwar rai kunjungan PM Singapura, perkukuh hubungan dua hala
Pertemuan di Seri Negara yang bersejarah melambangkan hubungan akrab pemimpin Malaysia - Singapura Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini meraikan kunjungan sahabat dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lawrence Wong, dalam satu majlis istimewa di Seri Negara sempena lawatan khas pemimpin republik itu ke Malaysia. Menurut Anwar, pertemuan berkenaan cukup bermakna kerana berlangsung di sebuah rumah agam berusia lebih seabad yang menjadi saksi pelbagai detik penting

Suara Keadilan
Feb 211 min read


Syukur konsep Imam al-Shazili: “Melihat pemberi nikmat dalam setiap nikmat”
Dr Maszlee (kanan) bersama Bapak Al Muzzammil Yusuf dalam pertemuan di Indonesia baru baru ini Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN, Dr Maszlee Malik mengajak masyarakat memahami semula konsep syukur menurut perspektif tasawuf yang dibawa oleh Abu al-Hasan al-Shadhili, pengasas Tariqat Shaziliyyah, sebagai asas pembentukan peribadi dan tanggungjawab sosial. Menurut beliau, perbincangan tersebut timbul susulan pertemuannya pada awal tahun ini dengan Presiden Partai Keadilan Se

Suara Keadilan
Feb 212 min read


N Sembilan rancang sumber air alternatif tampung keperluan industri, pusat data
Kerajaan Negeri Sembilan bakal membangunkan sumber alternatif air baharu di negeri itu untuk kegunaan sektor industri termasuk menampung operasi tiga pusat data yang bakal dibina. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun (gambar) berkata, tiga pusat data dirancang dibangunkan di Nilai, Sungai Gadut di Senawang, Springhill di Port Dickson dan langkah membangunkan sumber air alternatif berkenaan bagi memastikan bekalan air kepada penduduk tidak terjejas. "Kita sedang merancan

Suara Keadilan
Feb 212 min read


Bazar Ramadan Rahmah diperluas ke 116 lokasi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperluas pelaksanaan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) sebagai usaha mengekang kos sara hidup rakyat, khususnya sepanjang Ramadan. Timbalan Menterinya, Datuk Dr Fuziah Salleh (gambar) berkata, tahun ini menyaksikan penganjuran 116 BBR diseluruh negara, melibatkan lebih 3,000 peniaga, meningkat ketara berbanding hanya 41 lokasi pada peringkat awal pelaksanaan empat tahun lalu. "Program itu menyediakan pilihan juadah p

Suara Keadilan
Feb 211 min read


Selangor umum peningkatan Insentif Haji Muassasah kepada RM1,500
Oleh: Azuan Ab Rahman Kerajaan Negeri Selangor melalui Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, memperuntukkan RM 9 juta untuk pelaksanaan Insentif Haji Muassasah bagi tahun ini Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, seramai 6,000 bakal jemaah haji muassasah dari Selangor bakal menerima bantuan sebanyak RM1, 500 seorang, meningkat RM500 berbanding RM1, 000 yang diterima jemaah tahun lalu. "Sejak diperkenalkan pada 2022 oleh Yayasan Menteri

Suara Keadilan
Feb 211 min read


Anwar mahu RUU had tempoh jawatan PM dilulus segera
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan harapan supaya Rang Undang-Undang (RUU) yang mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal atau maksimum 10 tahun disegerakan dan diluluskan dalam sidang Parlimen akan datang. Ditemui pemberita di Kampung Seri Cheeding, Banting semalam beliau menjelaskan, tempoh 10 tahun mencukupi untuk seorang Perdana Menteri melaksanakan agenda pembaharuan dan dasar utama negara. "Saya ingat sesiapa yang mahu berkhidmat de

Suara Keadilan
Feb 211 min read


Masjid, surau parlimen Indera Mahkota, Kuantan terima sumbangan ihya Ramadan
Datuk Farhan (tengah) menyerahkan sumbangan kepada wakil masjid dan surau Sebanyak 74 buah masjid dan surau kebenaran Jumaat di Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan menerima sumbangan sempena program Ihya Ramadan 1447H/2026M yang berlangsung di Masjid Taman Balok Makmur, pagi tadi. Program tersebut menghimpunkan wakil jawatankuasa masjid dan surau dalam kedua-dua parlimen berkenaan bagi menyemarakkan sambutan Ramadan serta memperkukuh peranan institusi masjid sebagai pusat iba

Suara Keadilan
Feb 201 min read


Siasat dakwaan atas Rafizi jika ada bukti, elak hukum terburu-buru - PM
DS Anwar menegaskan siasatan perlu dibuat secara telus kepada pemberita di Masjid Kampung Seri Cheeding Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sebarang dakwaan salah laku dan rasuah membabitkan bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli perlu disiasat secara telus sekiranya terdapat bukti kukuh, namun masyarakat diingatkan supaya tidak terburu-buru menjatuhkan hukuman. Perdana Menteri berkata prinsip keadilan mesti ditegakkan secara konsisten tanpa mengira individu dan siasatan perlu d

Suara Keadilan
Feb 202 min read


Jawatankuasa pemantau SPRM perlu kuasa pengarahan, pengawasan, jamin ketelusan
Oleh: Akmal Manaf Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar (gambar) mengemukakan cadangan balas agar satu jawatankuasa pengawasan bebas ditubuhkan dengan kuasa pengarahan dan pemantauan sebenar terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan melapor terus kepada Parlimen demi menjamin ketelusan dan akauntabiliti kepada rakyat. Katanya, siasatan khas oleh mana-mana jawatankuasa perlu dipengerusikan individu yang diyakini bebas dan berintegriti, selain melibatk

Suara Keadilan
Feb 201 min read


Politik Ramadan: Jangan cemarkan ibadah puasa dengan permusuhan
Oleh: Akmal Manaf Bulan Ramadan bukan medan untuk mencetuskan makian dan permusuhan politik, sebaliknya menuntut umat Islam menjaga adab dan tatasusila seperti diajar Rasulullah SAW. Peringatan itu diberikan oleh Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Quran Sunnah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abu Hafiz Salleh Hudin (gambar) dalam program Agenda AWANI yang disiarkan baru-baru ini. "Jangan mulakan pergaduhan.. makian.. hinaan kerana itu bercanggah dengan adab

Suara Keadilan
Feb 201 min read


Prestasi perdagangan Januari tertinggi sejak 1990 - MIDA
Prestasi perdagangan Malaysia pada Januari mencatat nilai tertinggi pernah direkodkan bagi bulan berkenaan sejak 1990 apabila jumlah dagangan mencecah RM272.37 bilion, meningkat 12.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Malaysian Investment Development Authority (MIDA) dalam kenyataan berkata peningkatan itu didorong oleh eksport yang kukuh khususnya dalam sektor pembuatan berteknologi tinggi sekali gus mencerminkan daya saing serta ketahanan ekonomi negara dalam perse

Suara Keadilan
Feb 202 min read


Imbau memori sekolah, tekad perkukuh perpaduan - Yuneswaran
Yuneswaran (tengah) yang fasih berbahasa Mandarin tidak melupakan jasa para gurunya Timbalan Menteri Perpaduan Negara, R Yuneswaran menzahirkan rasa syukur dan penuh emosi apabila berpeluang kembali ke sekolah rendah lamanya di Sungai Besar, Selangor selepas 28 tahun, sekali gus mengimbau pelbagai kenangan yang membentuk perjalanan hidup beliau hari ini. Menurut beliau, memori di bangku sekolah bukan sekadar kenangan biasa, sebaliknya merupakan cebisan jiwa yang membentuk jat

Suara Keadilan
Feb 202 min read


Kepentingan Pendekatan Nasional & Adaptif Dalam Memperkukuh Perpaduan
Kepentingan Pendekatan Nasional & Adaptif Dalam Memperkukuh Perpaduan Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Yuneswaran Ramaraj berkata, setiap dasar perlu dinilai dari sudut kesannya terhadap keharmonian rakyat sama ada ia mampu menyatupadukan atau berpotensi menimbulkan ketegangan. Ahli parlimen Segamat itu menekankan pendekatan nasional merentas kementerian melalui kempen seperti “Bersama Membina Negara Bangsa”, yang bertujuan memastikan semua dasar selari dengan agenda perpad

Abdul Rahim Razak
Feb 201 min read


Berdakwah pasang khemah tepi jalan perlu minta izin - Ust Syamsul Firdaus
Oleh: Akmal Manaf Tindakan kumpulan Street Dakwah yang gagal meminta izin daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan menghadapi masalah baru baru ini di Bukit Bintang ditegur mantan Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan, Ustaz Syamsul Firdaus Mohmed Supri (gambar) . Menurut beliau niat mereka untuk menganjurkan aktiviti dakwah, kebajikan atau kemasyarakatan sememangnya sesuatu yang murni, namun pelaksanaannya perlu melalui saluran dan kaedah yang betul dengan mematuhi peraturan

Suara Keadilan
Feb 202 min read


PRN Melaka: AMANAH hargai Tok Mat, harap BN bersama Kerajaan Perpaduan
Oleh: Akmal Manaf AMANAH menzahirkan penghargaan terhadap kejujuran Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berhubung isu rundingan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor. Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad (gambar) berkata, pihaknya mengharapkan kerjasama Kerajaan Perpaduan dapat dikekalkan demi kepentingan negara, namun pilihan diletakkan kepada BN. "Secara tenang Tok Mat (Mohamad H

Suara Keadilan
Feb 202 min read


Wanita KEADILAN Pahang anjur Karnival Sukma Waja secara besar-besaran
Fadhlina (tengah) bersama Pengerusi MPN KEADILAN Pahang, Datuk Farhan (tiga dari kanan), Ketua Wanita KEADILAN Pahang, Sridayu (empat dari kiri) pada majlis Karnival Sukma Waja Wanita KEADILAN Wanita KEADILAN Negeri Pahang mencipta sejarah apabila menjadi negeri pertama menganjurkan Karnival Sukma Waja Wanita KEADILAN secara besar-besaran pada 16 Februari lalu, sejak ia dilancarkan oleh Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek pada 27 Januari 2026 di Bandar Baru Bangi, Se

Redzuan Shamsudin
Feb 202 min read


Kerajaan MADANI perhebat baik pulih kuarters tentera, polis uzur
Kerajaan MADANI akan terus fokus kepada usaha menambah baik kuarters tentera dan polis yang telah uzur demi keselesaan anggota pasukan keselamatan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) berkata, perbincangan mengenai perancangan semasa turut merangkumi langkah pembaikan kuarters yang telah mula dilaksanakan. "Perumahan polis kita dah ambil tindakan sepertinya (demikian juga) tentera, jadi kita akan lebih fokus. Tahun-tahun lepas RM1 bilion telah diberika

Suara Keadilan
Feb 201 min read


KPDN anjur 1,898 Jualan Rahman MADANI sepanjang Ramadan
Kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bakal melaksanakan 1,898 siri Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di seluruh negara sepanjang Ramadan ini. Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali (gambar) berkata, inisiatif berskala besar itu bertujuan meringankan tekanan kos sara hidup rakyat, khususnya golongan memerlukan dengan memberi pilihan mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih rendah berbanding pasaran. "PJRM ini dilaksana denga

Suara Keadilan
Feb 201 min read
bottom of page
