top of page

Karnival Rakyat Madani Kuala Penor perkasa aktiviti luar bandar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 2 min read
Ketua Cabang, Fakhrul Anuar, bersama penduduk kampung dalam karnival melibatkan aktiviti kemasyarakatan
Ketua Cabang, Fakhrul Anuar, bersama penduduk kampung dalam karnival melibatkan aktiviti kemasyarakatan

Bagi meningkatkan kegiatan ranting-ranting di bawah KEADILAN Cabang Kuantan khususnya di kawasan luar bandar, satu program Karnival Rakyat Madani Kampung Kuala Penor telah dianjurkan di Padang Awam Kuala Penor baru-baru ini.


Program anjuran Cabang Kuantan menerusi Ranting Kuala Penor itu bertujuan merancakkan aktiviti bersama komuniti setempat melalui pengisian yang menyeluruh dan inklusif.


Menurut Pengarah Program, Fakhrul Helmie Azhan yang juga Setiausaha Ranting Kuala Penor, karnival berkenaan dirangka sebagai platform berterusan untuk mendekati masyarakat luar bandar.


"Program ini bertujuan untuk memberikan program berterusan bersama komuniti luar bandar seperti kampung ini dengan menyediakan pelbagai program yang bersesuaian mengikut kumpulan masing-masing," katanya.


Beliau memaklumkan, karnival tersebut turut melibatkan penyertaan pasukan dari kampung-kampung berjiranan termasuk Kampung Cempaka, Kampung Sepat, Kampung Tebing Tinggi, Kampung Hijrah, Kampung Cherok Paloh, Kampung Ubai dan Kampung Semangat.

Aktiviti sukan untuk generasi muda tidak ketinggalan dianjurkan melalui karnival
Aktiviti sukan untuk generasi muda tidak ketinggalan dianjurkan melalui karnival

Antara acara yang dipertandingkan ialah kejohanan bola sepak tujuh sebelah, kejohanan bola jaring, merentas desa serta acara tarik tali. Selain itu, penduduk turut mendapat manfaat daripada program Jualan Rahmah Madani Bergerak KPDN serta saringan kesihatan dan pemeriksaan gigi oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan.


Program tersebut merupakan anjuran bersama KEADILAN Cabang Kuantan, KEADILAN Ranting Kuala Penor, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kuala Penor, Wanita UMNO Cawangan Kuala Penor, NGO Wanita Inspirasi Kuantan serta Persatuan Gabungan Penduduk Kuala Penor (GEMPOR).


Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Cabang KEADILAN Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi.


Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa gembira atas kejayaan penganjuran karnival yang disifatkan mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.


Sementara itu, Pengerusi JPKK Kampung Kuala Penor, Sharimah Ahmad berkata program berkenaan berjaya menarik minat ramai golongan belia di kampung tersebut.


Beliau merakamkan penghargaan kepada jawatankuasa penganjur atas kejayaan menganjurkan program berimpak tinggi itu dan berharap lebih banyak lagi program kemasyarakatan dapat dilaksanakan secara bersama pada masa hadapan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page