top of page

Bersatu bergolak, bukan lagi menyatukan politik Melayu - Amidi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Oleh: Akmal Manaf


Pergolakan dalaman Bersatu yang menyaksikan pemecatan Timbalan Presiden parti itu Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan terbaharu Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin meletak jawatan Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah hanya merugikan orang Melayu yang menyokong parti itu.


Menurut Pengarah Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Amidi Abdul Manan (gambar), orang Melayu tidak memerlukan kelompok pemimpin yang sekadar melaungkan perpaduan namun pada masa sama lebih menumpukan kepentingan politik individu atau kelompok kecil.


Katanya, al-Quran sendiri telah menekankan kepentingan penyatuan umat, yang asasnya adalah untuk melakukan kebaikan, kebajikan dan memperjuangkan kebenaran.


"Pada masa sama, umat Islam diminta untuk bersatu daripada sudut untuk melaksanakan dakwah. Tapi apa yang kita lihat sekarang ini apabila Bersatu sendiri telah kehilangan tujuan daripada sudut penyatuan itu sendiri sebagaimana digariskan al-Quran.


"Maka timbul perpecahan yang dirasakan berpunca daripada hilangnya hala tuju sebenar penyatuan tersebut," katanya.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas 'slogan' Bersatu yang memperjuangkan kesatuan politik Melayu, namun didakwa tidak ke mana selepas parti itu dibelenggu isu perebutan jawatan.


Ditanya sama ada ura-ura Hamzah Zainuddin menubuhkan parti baharu dan bergabung dalam PN, dengan kemungkinan Pas menyokongnya sebagai calon Perdana Menteri (PM) yang bakal mencetuskan pergolakan lebih teruk, Amidi menjangkakan pertembungan lebih parah berpotensi berlaku.


Katanya, situasi itu hampir pasti memaksa Pas membuat pilihan sama ada menyebelahi kelompok Hamzah sekiranya parti baharu ditubuhkan atau kekal bersama Bersatu yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Sekiranya situasi itu berlaku, katanya, maka lebih parah umat Melayu berpecah.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page