Politik Ramadan: Jangan cemarkan ibadah puasa dengan permusuhan
- Suara Keadilan

- 17 hours ago
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Bulan Ramadan bukan medan untuk mencetuskan makian dan permusuhan politik, sebaliknya menuntut umat Islam menjaga adab dan tatasusila seperti diajar Rasulullah SAW.
Peringatan itu diberikan oleh Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Quran Sunnah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abu Hafiz Salleh Hudin (gambar) dalam program Agenda AWANI yang disiarkan baru-baru ini.
"Jangan mulakan pergaduhan.. makian.. hinaan kerana itu bercanggah dengan adab dan ajaran sunnah Nabi Muhammad SAW.
"Ramadan ini ada adab dan tatasusilanya yang ditetapkan Rasullullah SAW kerana ini akan menjadi bekalan kita di akhirat (nanti).
"Politik itu hari ini berkawan, esok bermusuhan.. hari ini bermusuh, esok berpeluk.
"Janganlah kita rugikan akhirat.. yang pasti, kita akan pergi dengan politik kepartian yang tidak pasti, boleh berubah dalam masa 24 jam," katanya.
Dalam video tersebut, Dr Abu Hafiz yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN turut menitipkan pesanan agar setiap individu meletakkan kesedaran tentang akhirat dalam minda dan hati, dan mengutamakan kepentingannya dalam menjaga tatasusila sepanjang bulan Ramadan.









Comments