KPDN anjur 1,898 Jualan Rahman MADANI sepanjang Ramadan
- Suara Keadilan

- 3 hours ago
- 1 min read

Kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bakal melaksanakan 1,898 siri Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di seluruh negara sepanjang Ramadan ini.
Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali (gambar) berkata, inisiatif berskala besar itu bertujuan meringankan tekanan kos sara hidup rakyat, khususnya golongan memerlukan dengan memberi pilihan mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih rendah berbanding pasaran.
"PJRM ini dilaksana dengan turut mengambil kira peningkatan perbelanjaan isi rumah sepanjang Ramadan dan menjelang Syawal, termasuk keperluan menyediakan juadah berbuka serta persiapan perayaan.
"Selain membeli juadah berbuka di bazar Ramadan, ramai juga akan memilih untuk menyediakan juadah berbuka di kediaman masing-masing.
"Masyarakat kita akan mulakan persiapan untuk menyambut Syawal dengan membuat pelbagai jenis biskut dan kuih tradisi khususnya. Perbelanjaan pastinya akan bertambah," jelasnya dalam satu muat naik di media sosial.
Mengulas lanjut, Armizan memaklumkan bahawa menerusi peruntukan khusus yang diterima setiap tahun, KPDN dapat membuat perancangan dan penambahbaikan program JPRM dari semasa ke semasa.
Antara penambahbaikan yang dibuat setelah PJRM diinstitusikan sebagai inisiatif tetap di bawah agenda NACCOL adalah penganjuran PJRM membabitkan semua negeri setiap bulan; tiga kali bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 40 zon di Wilayah Persekutuan.
Sehubungan itu beliau menyeru orang ramai agar menyemak dan mendapatkan maklumat tarikh serta lokasi PJRM di sekitar mereka menerusi pautan https://pjrm.kpdn.gov.my.









Comments