Bazar Ramadan Rahmah diperluas ke 116 lokasi
- Suara Keadilan

- 2h
- 1 min read

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperluas pelaksanaan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) sebagai usaha mengekang kos sara hidup rakyat, khususnya sepanjang Ramadan.
Timbalan Menterinya, Datuk Dr Fuziah Salleh (gambar) berkata, tahun ini menyaksikan penganjuran 116 BBR diseluruh negara, melibatkan lebih 3,000 peniaga, meningkat ketara berbanding hanya 41 lokasi pada peringkat awal pelaksanaan empat tahun lalu.
"Program itu menyediakan pilihan juadah pada harga serendah RM5, sekali gus memberi kelegaan kepada pengguna dan membuka peluang rezeki kepada peniaga kecil.
"Di Johor, sebanyak sembilan BRR dianjurkan hasil kerjasama erat dengan pihak berkuasa tempatan. Peniaga yang terlibat bukan sahaja mengejar keuntungan, tetapi berkongsi rezeki demi keberkatan," katanya dipetik selepas merasmikan BRR peringkat kebangsaan di Perling, Johor Bahru semalam.
Sementara itu, Dr Fuziah turutmemaklumkan bahawa pihaknya juga turt memperkasa program Ihsan Foodbank melalui kerjasama strategik bagi mengumpul lebihan makanan yang tidak terjual untuk disalurkan kepada golongan memerlukan.
"Tahun lalu, lebih 69,000 kilogram makanan dengan nilai melebihi RM833,000 berjaya diselamatkan.
"Usaha ini bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan, malah menyumbang kepada kelestarian alam sekitar dengan mengurangkan pembaziran makanan dan pelepasan 129 kilogram gas rumah hijau," jelasnya.









Comments