top of page

Berita


AMANAH kutuk penghinaan Al-Quran, mahu siasatan tegas, telus
Parti Amanah Negara (AMANAH) mengecam sekeras-kerasnya sebarang perbuatan menghina Al-Quran termasuk insiden tular yang didakwa melibatkan seorang pelajar universiti awam di negara ini. Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan dan Perubahan Masyarakat AMANAH, Shamsul Ma’arif Ismail (gambar) berkata, Al-Quran wajib dihormati dan sebarang bentuk penghinaan terhadapnya boleh menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia. "Parti AMANAH mengecam sekeras-kerasnya sebarang perbua

Redzuan Shamsudin
Feb 261 min read


Kunjungi bazar Ramadan, gurauan ringan naikkan semangat peniaga
DS Anwar mengunjungi bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan dan bertanya khabar kepada para peniaga Keramahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turun padang menyantuni rakyat dan peniaga di bazar Ramadan terus mendapat reaksi positif. Ketua Penerangan KEADILAN Pahang, Datuk Suhaimi Ibrahim berkata, suasana mesra dan santai yang ditampilkan Perdana Menteri jelas memberi impak emosi yang positif kepada para peniaga. "Seronok melihat PMX bergurau senda dengan rakyat da

Suara Keadilan
Feb 261 min read


Ustaz Pas hentam Menteri Agama, cuba kelirukan rakyat isu pijak Al-Quran?
Kenyataan pimpinan Dewan Ulama Pas berhubung isu seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di Pahang yang didakwa memijak al-Quran terus mengundang reaksi balas apabila KEADILAN menyifatkan tindakan tersebut sebagai cubaan 'memusingkan' fakta dan mengelirukan masyarakat. Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Amidi Abdul Manan (gambar) mendakwa, kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Mohd Nor Hamzah cenderung untuk memesongkan pandangan sebe

Helmi Mohd Foad
Feb 262 min read


Dr Wan Azizah hulur sumbangan Ihya Ramadan masjid, surau RM83,500
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menyampaikan sumbangan sebanyak RM83,500 kepada masjid dan surau di sekitar kawasan itu bagi mengimarahkan institusi berkenaan dengan pelbagai aktiviti sepanjang Ramadan ini. Isteri kepada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata, sumbangan tersebut diberikan kepada 10 buah masjid dan beberapa puluh surau di sekitar Parlimen berkenaan. "Saya berterima kasih kepada semua termasuk yan

Akmal Manaf
Feb 261 min read


Rumah terbuka LAI: Kepimpinan akar umbi pemacu integrasi
Semangat perpaduan dalam kerangka Malaysia Madani dizahirkan secara nyata apabila lebih 1,000 penduduk pelbagai latar belakang membanjiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran aktivis masyarakat, Lai Chen Heng, baru baru ini. Majlis yang diadakan di perkarangan Pasar Teratai Mewah itu mendapat liputan meluas pihak media tempatan, sekali gus mencerminkan kepentingan inisiatif komuniti dalam memperkukuh hubungan antara kaum. Program ini merupakan kesinambungan daripada

Suara Keadilan
Feb 262 min read


Tertib urus beza pandangan dalam KEADILAN, tolak kritikan terbuka di media
Ketika pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang memberi tumpuan kepada agenda reformasi dan pemulihan ekonomi, perbezaan pandangan dalam kalangan pimpinan parti dilihat sebagai sebahagian daripada dinamika dalaman yang memerlukan pengurusan berhemah. Pengerusi Biro Perpaduan Selangor, David Cheong Kian Young (gambar) berkata, dalam suasana politik negara yang masih berada dalam fasa pemulihan institusi dan pengukuhan ekonomi, setiap pimpinan memikul tanggungjawab besar unt

Akmal Manaf
Feb 262 min read


Pas ambil alih teraju PN ketika gabungan pembangkang berkecamuk
Pelantikan pemimpin kanan Pas sebagai Pengerusi baharu Perikatan Nasional (PN) disifatkan bukan sebagai langkah pengukuhan sebaliknya mencerminkan keadaan sebenar gabungan itu yang sedang berdepan kemerosotan dan kecamukan dalaman. Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata perubahan kepimpinan itu menimbulkan persoalan besar mengenai waktu pelaksanaannya, terutama ketika PN dikatakan berdepan pergolakan dalaman. Menurut beliau sewaktu PN berada da

Helmi Mohd Foad
Feb 262 min read


Amirudin mahu pimpinan tempatan, PBT kukuh kerjasama demi rakyat
MB Selangor berucap pada Majlis Berbuka Puasa Parlimen Gombak di Dewan Beringin, Taman Seri Gombak Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyeru pimpinan tempatan, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi kerajaan di negeri itu mempertingkatkan kerjasama. Menurutnya, langkah tersebut demi memastikan setiap perancangan dan dasar dilaksanakan secara selaras bagi memenuhi keperluan rakyat. "Cabaran hari ini jauh berbeza berbanding 50 tahun lalu, terutama dalam mendep

Suara Keadilan
Feb 261 min read


RUU Pemisahan Kuasa: Tindakan 10 Ahli Parlimen KEADILAN ditegur
Kelab Penyokong-Penyokong Kerajaan (BBC) kecewa dengan tindakan 10 Ahli Parlimen KEADILAN yang memberi kata dua menolak atau berkecuali dalam proses pengundian rang undang-undang (RUU) pemisahan kuasa Peguam Negara. Pengerusi BBC, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (gambar) berkata kumpulan itu seharusnya terlebih dahulu menyertai perbincangan dan perbahasan RUU secara teratur di Dewan Rakyat. "Saya kecewa dengan tindakan mereka walaupun saya faham dengan kebimbangan mereka. "Rama

Suara Keadilan
Feb 262 min read


Kerajaan aktifkan langkah keselamatan di pintu masuk negara
Tahap keselamatan di semua pintu masuk negara kekal terkawal dengan langkah keselamatan tambahan diaktifkan serta-merta bagi memastikan keselamatan anggota dan orang awam terus terjamin. Komitmen itu dinyatakan Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar) , susulan insiden tembakan yang menyasarkan seorang pegawai kanan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di pintu masuk negara semalam. "Kerajaan memandang serius insiden tembaka

Azuan Ab Rahman
Feb 261 min read


Mampukah Dr Samsuri stabilkan PN, terlalu banyak tugas di negeri, pusat?
Pemusatan beberapa jawatan utama ke atas Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menimbulkan tanda tanya sama ada beliau mempunyai kapasiti mencukupi untuk menerajui dan menstabilkan Perikatan Nasional (PN) yang sering bergolak sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Bagi Ahli Dewan Negeri (ADN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad, antara risiko utama yang perlu diberi perhatian ialah pemusatan kuasa jika terlalu banyak jawatan penting tertumpu pada seorang individu. Sela

Akmal Manaf
Feb 251 min read


Kepimpinan Anwar perlu terus disokong demi kestabilan negara
Kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu terus dipertahankan dan disokong demi memastikan kestabilan politik, pertumbuhan ekonomi serta perpaduan negara terus kukuh, kata Ahli Undangan Dewan Negeri (ADUN) Kajang, David Cheong Kian Young. Menurut beliau, sokongan terhadap Perdana Menteri bukan bersandarkan sentimen politik semata-mata sebaliknya berasaskan prestasi dan keberanian dalam melaksanakan reformasi yang menyentuh kepentingan rakyat serta tatakelola

Helmi Mohd Foad
Feb 252 min read


Hina Islam: Kerajaan pandang serius, siasat, ambil tindakan sewajarnya - Dr Zulkifli
Kerajaan memandang serius insiden penghinaan terhadap Islam dan al-Quran yang tular baru-baru ini sambil menekankan tindakan tegas sedang diambil bagi memastikan kedaulatan undang-undang terus terpelihara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan (gambar) berkata, perbuatan seumpama itu telah mengguris maruah umat Islam lebih-lebih lagi ketika umat Islam sedang menyambut Ramadan yang mulia. "Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mem

Akmal Manaf
Feb 252 min read


Barangan kuil di Rawang dipindah sebelum Yayasan Kubra bersihkan tanah
Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor mengesahkan kerja-kerja pemindahan patung berhala di Kuil Sri Uchimalai Muniswaran, Rawang Perdana, Gombak berlangsung tanpa sebarang insiden tidak diingini awal pagi tadi. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata operasi yang dijalankan antara pukul 9.30 malam tadi hingga 4.12 pagi, melibatkan pihak pengurusan kuil bersama 10 penganut. "Kesemua empat patung berhala telah dipindahkan sebelum pemilik tanah memulakan kerj

Helmi Mohd Foad
Feb 252 min read


Kematian di IPT 5 tahun: KPT jamin semakan SOP, pantau kebajikan mahasiswa
Adam Adli menjelaskan isu kematian pelajar IPT dalam lima tahun di Dewan Rakyat. Foto: Jab Penerangan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan komitmennya untuk memastikan aspek keselamatan dan kesejahteraan mahasiswa sentiasa terpelihara sepanjang tempoh pengajian di kampus, sekali gus menjamin persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif. Timbalan Menterinya, Adam Adli Abd Halim berkata, bagi tujuan penambahbaikan berterusan, pihaknya akan terus memperkasa lang

Akmal Manaf
Feb 252 min read


Dua warga emas terima rumah baharu di DUN Batu Uban
Kumaresan (tiga dari kiri) menyerahkan replika kunci rumah kepada Rokiah yang teruja mendapat rumah baharu Dua warga emas, Abdul Hamid, 68, dan Rokiah, 74, tidak dapat menyembunyikan rasa syukur dan sebak apabila menerima kunci rumah baharu yang lebih selesa dan selamat untuk didiami menerusi Projek Khas Ekonomi Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, A Kumaresan berkata, sebelum ini keadaan rumah lama pasangan berkenaan uzur, bocor dan tida

Redzuan Shamsudin
Feb 251 min read


AMANAH Selangor sokong pendidikan MADANI tangani gejala sosial, jenayah
Parti Amanah Negara (AMANAH) Selangor menyatakan sokongan penuh terhadap pendirian Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bahawa pendidikan merupakan kunci utama dalam menangani kegusaran sosial, jenayah keluarga dan kemerosotan nilai dalam masyarakat. Naib Pengerusi AMANAH Selangor merangkap Pengerusi Biro Pendidikan dan Perubahan Masyarakat AMANAH Selangor, Shamsul Ma’arif Ismail (gambar) berkata, gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah, keganasan rumah tangga, jenayah

Redzuan Shamsudin
Feb 252 min read


Dr Samsuri Pengerusi PN: Pas kompromi imej Melayu-Islam?
Keputusan tidak mengangkat Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menerajui Perikatan Nasional (PN) sebaliknya memilih Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, mencetuskan tafsiran bahawa parti itu telah mengkompromikan imej Melayu-Islamnya. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam (gambar) mendakwa, langkah melantik Dr Samsuri sebagai Pengerusi PN memberi gambaran seolah-olah Pas sanggup mengorbankan imej Islamik yang dip

Akmal Manaf
Feb 252 min read


BERSIH gesa Ahli Parlimen sokong RUU had tempoh jawatan PM
Malaysia sedang mempertimbangkan pindaan perlembagaan untuk menetapkan had tempoh 10 tahun bagi jawatan Perdana Menteri, langkah yang disambut baik oleh kumpulan masyarakat sivil, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sebagai usaha memperkukuh reformasi institusi jangka panjang. RUU tersebut kini dibentangkan di Parlimen dengan tujuan mengelakkan pemusatan kuasa dalam tangan seorang individu untuk tempoh yang panjang. "Sekiranya RUU ini diluluskan, ia menjadi mekanis

Helmi Mohd Foad
Feb 251 min read


Kerajaan MADANI utamakan kebajikan warga angkatan tentera
DS Anwar bermesyuarat bersama Menteri Pertahaman dan pegawai tinggi ATM Kerajaan MADANI komited memartabatkan kebajikan warga pertahanan negara dengan meletakkan kesejahteraan pegawai, anggota serta keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai keutamaan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan antara fokus utama kerajaan ketika ini ialah isu perumahan yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan keluarga anggota ATM. Menerusi satu hantaran di Facebook, Pe

Azuan Ab Rahman
Feb 251 min read
bottom of page
