top of page

Dr Samsuri Pengerusi PN: Pas kompromi imej Melayu-Islam?

Writer: Akmal Manaf
Akmal Manaf
Feb 25
2 min read

Keputusan tidak mengangkat Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menerajui Perikatan Nasional (PN) sebaliknya memilih Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, mencetuskan tafsiran bahawa parti itu telah mengkompromikan imej Melayu-Islamnya.


Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam (gambar) mendakwa, langkah melantik Dr Samsuri sebagai Pengerusi PN memberi gambaran seolah-olah Pas sanggup mengorbankan imej Islamik yang diperjuangkan sejak berdekad lalu, dan parti itu kini dilihat seakan-akan bersedia tampil lebih ‘liberal’ demi meraih sokongan bukan Melayu.


"Saya nampak memang betul dari segi pelantikan (mengenepikan) Tuan Ibrahim ini.... memang ada strategi politik, pertama sekali kalau nak kira imej Tuan Ibrahim ini lebih konservatif dianggap (sebagai) orang (kurang) mesra pengundi bukan Islam dan kelompok pengundi bandar.


"Ahmad Samsuri pula dia bukan tokoh agama dan kita boleh lihat langkah melantik Ahmad Samsuri ini umpama Pas telah mengorban imej Islamik, dan Pas hari ini nampak seolah-olah macam sudah bersedia untuk dilihat lebih liberal demi meraih sokongan bukan Melayu.


"Sepatutnya orang yang diamanahkan untuk menjadi Pengerusi PN menggantikan Tuan Guru Haji Hadi (tidak sihat) ialah Tuan Ibrahim, tapi malangnya perkara yang berlaku (ketika) zaman UMNO bersama PN hari ini berlaku kembali.


"Cuma busuk-busuk kita, Naib Presiden UMNO menjadi Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri) tetapi masih lagi Datuk Seri Ahmad Zahid selaku Presiden UMNO (pada masa itu) masih mengekalkan dirinya sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN)," katanya dalam satu siaran video.


Pada 22 Februari lalu, Dr Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu, dilantik sebagai Pengerusi PN yang baharu selepas Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi PN diadakan di ibu pejabat Pas di ibu negara.


Perkara itu disahkan melalui kenyataan bersama oleh empat presiden parti komponen gabungan berkenaan iaitu Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau; dan Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), P Punithan.


Pada 30 Disember 2025, Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN, berkuat kuasa 1 Januari lalu, selepas mengetuai gabungan itu sejak 7 Ogos 2020.

4 Comments


Felisha
Oct 16

Hello, everyone! The appointment of Dr. Samsuri as chairman of the PN raises some interesting questions about the future of the political coalition and its strategy. It is particularly important to understand how PAS intends to balance political compromises with maintaining its Malay-Islamic image. Politics is sometimes like a casino rating, where every decision carries certain risks and unpredictable consequences. At the same time, any changes in leadership require a careful analysis of the interests of various groups in society. It will be interesting to see if the new leadership can strike a balance between traditional values and modern political challenges. Thank you to the author for this post and for the opportunity to discuss this timely topic!


Like

Miles Robert
Sep 21

AI tools make it easy to expand photos by extending the background and adding extra space around the main subject while keeping the overall image natural.

Like

Ansar Bro
Ansar Bro
Jun 09

The intuitive platform structure of Magis helps users discover content more efficiently while enjoying a comfortable browsing experience. Its focus on usability, organization, and accessibility makes it a practical choice for those seeking a modern digital entertainment platform.

Like

Grace Helen
Grace Helen
Feb 25

I enjoy how Cowboy Safari Game keeps things straightforward — simple controls, clear objectives, and nonstop action.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page