Kunjungi bazar Ramadan, gurauan ringan naikkan semangat peniaga
- Suara Keadilan
- 4 hours ago
- 1 min read

Keramahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turun padang menyantuni rakyat dan peniaga di bazar Ramadan terus mendapat reaksi positif.
Ketua Penerangan KEADILAN Pahang, Datuk Suhaimi Ibrahim berkata, suasana mesra dan santai yang ditampilkan Perdana Menteri jelas memberi impak emosi yang positif kepada para peniaga.
"Seronok melihat PMX bergurau senda dengan rakyat dan para peniaga di bazar. Sebagai orang luar pun boleh rasa suasana yang ramah dan tidak kekok, inikan pula para peniaga yang seharian penat menyediakan juadah untuk pelanggan," katanya dalam muat naik di media sosial.
Menurut beliau, pendekatan santai dan bersahaja itu bukan sahaja mencerminkan keperibadian kepimpinan yang dekat dengan rakyat, malah mampu menaikkan semangat para peniaga kecil.
"Kalau saya di tempat peniaga, gurauan ringan daripada Perdana Menteri tentu dapat menghilangkan sedikit kepenatan dan menaikkan semangat untuk terus berniaga," ujarnya.
Beliau turut merakamkan penghargaan atas kesediaan Perdana Menteri untuk terus turun padang bertemu rakyat tanpa mengira latar belakang.
"Terima kasih PMX kerana sentiasa turun padang, menyapa dan menghiburkan hati rakyat," katanya lagi.
