AMANAH Selangor sokong pendidikan MADANI tangani gejala sosial, jenayah
- Redzuan Shamsudin

- 4 hours ago
- 2 min read

Parti Amanah Negara (AMANAH) Selangor menyatakan sokongan penuh terhadap pendirian Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bahawa pendidikan merupakan kunci utama dalam menangani kegusaran sosial, jenayah keluarga dan kemerosotan nilai dalam masyarakat.
Naib Pengerusi AMANAH Selangor merangkap Pengerusi Biro Pendidikan dan Perubahan Masyarakat AMANAH Selangor, Shamsul Ma’arif Ismail (gambar) berkata, gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah, keganasan rumah tangga, jenayah juvana, ketagihan digital serta keruntuhan institusi keluarga mesti ditangani secara menyeluruh melalui pendidikan holistik yang selari dengan kerangka Malaysia MADANI.
Menurut beliau, kenyataan itu dizahirkan oleh Amirudin dalam Majlis Pertukaran Dokumen Program Pendidikan dan Pelancaran Modul Elites Tingkatan Enam sempena Majlis Berbuka Puasa Menteri Besar Selangor bersama komuniti pendidik negeri itu, Sabtu lalu.
"Pendekatan ini sejajar dengan teras MADANI yang menekankan kesejahteraan, kemanusiaan, keadilan, hormat dan keyakinan. Pendidikan bukan sekadar pemindahan ilmu, tetapi proses pembinaan insan berakhlak, berempati dan bertanggungjawab terhadap masyarakat," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut memetik firman Allah SWT dalam Surah al-Ra‘d ayat 11 yang menegaskan bahawa perubahan nasib sesuatu kaum bermula dengan perubahan dalam diri mereka sendiri, sebagai asas kepada transformasi sosial melalui pendidikan.
Selain itu, katanya, sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim mengenai tanggungjawab kepimpinan menggariskan prinsip amanah dan kepimpinan beretika yang selari dengan aspirasi MADANI.
Sehubungan itu, AMANAH Selangor menegaskan komitmen untuk memperkasa pendidikan akhlak dan adab sebagai asas pembinaan insan MADANI, mengarusperdanakan pendidikan pencegahan dadah dan jenayah melalui sekolah, masjid serta komuniti, dan mengukuhkan institusi keluarga menerusi pendidikan keibubapaan serta sokongan psikososial.
"AMANAH Selangor percaya bahawa pendidikan yang berteras ilmu, iman dan ihsan, serta dipandu oleh nilai MADANI, akan melahirkan masyarakat yang sejahtera, berdaya tahan dan berakhlak, sekali gus mengurangkan kegusaran sosial dan menjamin kesejahteraan negeri Selangor dan negara," katanya lagi.




In Geometry Dash Wave, every tap changes the direction of the wave, creating a fast and exciting rhythm-based challenge.