AMANAH kutuk penghinaan Al-Quran, mahu siasatan tegas, telus
- Redzuan Shamsudin

- 14 hours ago
- 1 min read

Parti Amanah Negara (AMANAH) mengecam sekeras-kerasnya sebarang perbuatan menghina Al-Quran termasuk insiden tular yang didakwa melibatkan seorang pelajar universiti awam di negara ini.
Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan dan Perubahan Masyarakat AMANAH, Shamsul Ma’arif Ismail (gambar) berkata, Al-Quran wajib dihormati dan sebarang bentuk penghinaan terhadapnya boleh menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.
"Parti AMANAH mengecam sekeras-kerasnya sebarang perbuatan menghina al-Quran. Dalam masa yang sama, AMANAH menyeru agar siasatan oleh Polis Diraja Malaysia dijalankan secara adil, telus dan tanpa prejudis, serta menasihatkan orang ramai agar bertenang dan tidak menyebarkan provokasi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada masa sama, beliau menyeru agar siasatan dijalankan secara adil, telus dan tanpa prejudis.
Shamsul Ma’arif turut menegaskan bahawa isu sensitif seperti ini tidak wajar dijadikan bahan politik atau permainan agama oleh mana-mana pihak.
"AMANAH turut menegaskan bahawa isu sensitif ini tidak wajar dijadikan bahan politik atau permainan agama oleh mana-mana pihak, sebaliknya perlu ditangani dengan kebijaksanaan, keadilan dan semangat perpaduan nasional," katanya lagi.
Beliau juga menggesa institusi pengajian tinggi memperkukuh pendidikan adab, etika digital dan sensitiviti antara agama bagi memastikan kampus kekal sebagai medan ilmu serta pembinaan sahsiah yang harmoni.




Comments